Tuesday, 19 February 2013

Sambal Kicap Power.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kalau makan soto atau bihun sup mesti nak ada sambal kicapkan.Biasanya kalau buat sambal kicap ni,memang sis selalu buat banyak2 dan simpan di dalam peti ais.Selain di makan dengan apa2 jenis sup,sambal kicap ni sesuai juga di buat cicah pisang goreng.Kalau nak pedas lagi bolehlah di tambah cili,dan sekiranya tak suka pedas boleh tambah kicap atau kurangkan cili....ikutlah selera dan citarasa masing2.
Selamat mencuba.    


Sambal Kicap Power

Bahan-bahan:
  • 100gm cili padi
  • 3 biji bawang besar-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • 1 botol kicap lemak manis cap kipas udang
  • Minyak -secukupnya
Cara-cara:
  1. Satukan bawang besar dan bawang putih,goreng dengan minyak hingga garing.
  2. Goreng cili padi hingga layu.
  3. Blend cili,bawang dan kicap hingga hancur.Siap untuk di makan bersama soto dan aneka sup. 



13 comments:

  1. Menarik..ini lah saya cari..baru minggu lepas buat bihun sup..hehe..terima kasih kak sebab share.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum...Emmm menarik ni..goreng bawang n cili guna minyakkan..? bukan sangrai/tanpa minyakkan..? Then klu goreng berminyak, agak2 sampai bawang tu layu saja ke atau sampai garing..?

    ReplyDelete
  3. Sue...goreng dengan minyak hingga kuning dan garing.Kejap lg akak betulkan n3.

    ReplyDelete
  4. Pernah try resepi mcm nie...mmg wangi n sedap sambal kicapnya....wangi sebb bau bwg gorengnya thanks kak :)

    ReplyDelete
  5. sambal kicap ni power laa saya suka time makan ngan bihun sup

    ReplyDelete
  6. terliur jugak tengok ni tapi mood memasak hilang

    ReplyDelete
  7. anda di tag

    http://iyraacariyno.blogspot.com/2013/01/segmen-who-is-lucky-one-by-hanna-kk.html

    ReplyDelete
  8. dah penah buat mmg power.sedap!

    ReplyDelete
  9. Tgkap leleh..sape blum try wajib menerai

    ReplyDelete
  10. kalau ada yg tolong buatkan lagi sedap..

    ReplyDelete
  11. Serius sedap... mmg power.. br je buat utk org dtg beraya jabgi..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.