Wednesday, 9 January 2013

WW-Kek Chiffon Oren



Kek Chiffon Oren
Oleh:Norzie hany
Sumber:CMG

BAHAN A :-)
  • 1 3/4 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour*
  • 1/8 camca teh garam halus*(*disatukan dan diayak)
  • 6 kuning telur gred A
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 biji oren, diparut kulitnya
  • 3/4 cawan jus oren
  • 1/4 cawan minyak jagung/sayur
BAHAN B :-)
  • 6 putih telur gred A
  • 3/4 cawan gula halus
  • 1 camca teh cream of tartar
CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Dalam satu bekas, pukul kuning telur dengan gula hingga larut, masukkan kesemua bahan2 A dan kacau hingga semua sebati. Ketepikan.
  2. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan cream of tartar, terus memutar dengan kelajuan tinggi hingga putih telur kental.
  3. Ambil 1/2 bahagian putih telur dan gaul dengan no. 1 sehingga rata. Masukkan baki putih telur tadi dan gaul hingga sebati. Taung dalam tin chiffon berukuran 10 inci (JANGAN lenser tin dgn mentega atau minyak), bakar selama 1 jam hingga kek masak. Test dengan mencucuk lidi sate dibahagian tengah kek, jika keluar bersih, kek masak.
  4. Terlungkupkan kek dan biar betul2 sejuk (dalam 1 - 2 jam), baru disisip tepi kek dengan pisau untuk dikeluarkan. Boleh dihidangkan...

18 comments:

  1. sedapnya..nampak lembut jer kek tu..

    ReplyDelete
  2. minum petang lawan ngan teh o panas.. mebeles!

    ReplyDelete
  3. Aduh gebus jer tengok kek norzie ni...

    Tepung bersama serbuk penaik tu .. tepung kek dalam kotak tu ke norzie..

    ReplyDelete
  4. Cahaya hidupku(nur hayati)
    Ye...saya guna tepung kek yang dalam kotak.

    ReplyDelete
  5. tengok dalam gambar pun dah tau nampak lembut sangat..sedapp :)

    ReplyDelete
  6. Tak pernah cuba lagi buat kek oren, teringin la pulak...

    ReplyDelete
  7. wah bestnya kak . nampak gebu je ;D

    ReplyDelete
  8. dah lama tak buat chiffon... mcm teringin la pulak... adeiii...!

    ReplyDelete
  9. Dah lama tak makan, abah MJ suka sangat kek oren ni :)

    ReplyDelete
  10. gebussnya kek cipon norzie, ada lagi ke

    ReplyDelete
  11. sedapnya kek!..
    nampak lembut je Kak..:)

    ReplyDelete
  12. Cantik je jadi chiffon ni.pernah try buat tp tak jadi.😭 harap2 resepi ni menjadi lah ,tqqq😊

    http://ninafarhanawm.blogspot.my/?m=1

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.