Tuesday, 8 January 2013

Briyani Udang Ala-ala


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni sis nak berkongsi resepi briyani udang ala-ala....dari rancangan ketuk-ketuk Ramadhan 2009.Kebetulan masa Sheila masak nasi briyani udang ala-ala ni sis ada tonton...memang nampak sedap sangat tapi tak sempat nak salin resepi masa tu.Sekarang sis dah ada buku resepi ketuk2 Ramadhan ni dan resepi pertama yang sis cuba ialah briyani udang ala-ala ni.Nasi ni di gandingkan dengan lauknya di SINI.
Kalau sesiapa yang berminat nak cuba sis sertakan resepinya di sini. 
Selamat mencuba.



Briyani Udang Ala-ala
Oleh:Norzie hany
Sumber:Buku masakan Sheila Rusly

Bahan-bahan:
  • 3 cawan beras basmathi
  • 10 ekor udang kertas(besar)
  • 100gm rempah briyani-sis letak 30gm
  • 1 tin susu cair
  • Air - secukupnya
  • 2 sudu makan mentega
  • 1 sudu makan minyak sapi
  • 3 biji bawang merah-kisar
  • 2 ulas bawang putih-kisar
  • 1 inci halia -kisar
  • 5 biji cili hijau-belah 2 jgn sampai putus
  • 2 helai daun pandan
  • Daun ketumbar
  • Serbuk pati ayam
  • Garam
Caranya:
  1. Basuh beras dan toskan
  2. Panaskan kuali dan masukkan mentega dan minyak sapi
  3. Masukkan bahan kisar dan tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan udang dan rempah briyani.Tumis seketika dan masukkan kedalam periuk nasi.
  5. Tuang air secukupnya dan susu cair mengikut sukatan dan masukkan beras dan daun pandan.
  6. Tutup sebentar biar mendidih,masukkan cili hijau,garam dan serbuk pati ayam.
  7. Tunggu sehingga nasi kering.Bila sudah masak hidangkan dan hias dengan daun ketumbar.

13 comments:

  1. Hmm menarik..boleh try nie..

    ReplyDelete
  2. Sedap akak tengok tu Norzie... boleh cuba ni .. simple jer resipinya :D

    ReplyDelete
  3. waduhhhh mengancam betul lah udang2 tu berposing pasti nak try ni..

    ReplyDelete
  4. sedap kak norzie ..nanti kite singgah sini lagi ye, nak cuci mate ..

    ReplyDelete
  5. geram tgk udang dan nasi yg panjang2 tu..

    ReplyDelete
  6. Nampak macam sedap je.. Udang is my favorite!

    ReplyDelete
  7. harus cuba jugak ni. nmpk sedap. Thanx sudi kongsi resepi.

    ReplyDelete
  8. X pernah try lg ni.Dah la udang faveret sy.Tapi tataw bila rajin nak masak.Hehe.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.