Sunday, 6 January 2013

Kari Tulang Dan Daging Tetel


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Tengok gambar....terliuq tak?.Sebenarnya niat asal tu nak masak kari tulang tapi bila ada daging tetel kita taram sekali...ermmm sedap sgt2,terasa macam makan gulai kawah la pulak.Sebenarnya lauk ni sis masak untuk di makan bersama nasi briyani udang ala-ala.Nanti sis update resepi nasinya ye.
Kepada sesiapa yang berminat nak mencuba resepi kari tulang dan tetel ni,sis sertakan resepinya di sini ye.
Selamat mencuba. 




Kari Tulang Dan Daging Tetel.
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo tulang lembu
  • 1/2 kilo daging tetel
  • 1 biji kelapa-ambil santan secukupnya
  • 5 sudu besar serbuk kari daging babas
  • 2 sudu besar serbuk cili/cili kisar
  • 2 sudu besar kerisik
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula-secukup rasa
  • 1/2 cawan minyak-untuk menumis
Bahan tumis
  • 2 biji bawang merah-hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih-hiris nipis
  • 1 inci halia-mayang
  • 1 batang kulit kayu manis
  • Sedikit bunga lawang,cengkih & buah pelaga
  • 1 tangkai daun kari
Cara memasak:
  1. Satukan tulang dan tetel di dalam periuk dan rebus dengan 1 liter air hingga empuk.
  2. Bancuh serbuk kari dan serbuk cili dengan sedikit air,jadikan pes.
  3. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan tumis.Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan bancuhan rempah tadi dan kacau hingga pecah minyak dan rempah agak garing.
  5. Masukkan tulang dan tetel yang direbus bersama airnya sekali.Biarkan mendidih.
  6. Masukkan santan,kerisik,air asam jawa,garam dan gula secukup rasa.
  7. Masak hingga kuah pekat sedikit.Angkat dan hidangkan.

8 comments:

  1. sedap kot menu ni.tapi tak pernah lagi masak sorg2..selalu mama masakkan..lepas tu jadi tukang kacau je..kih3

    ReplyDelete
  2. Maunya tak terliur... sedap ni makan dengan nasi panas, cicah dengan roti pun sodap!

    ReplyDelete
  3. sedapnyer..

    memang tabik lah akak masak..

    ReplyDelete
  4. akak suka kari ni makan dgn nasi takyah lauk lain dah puas makan gini je bubuh kuah banyak2 aduhhh

    ReplyDelete
  5. L nak cube masak jugak lah hujung minggu nih.. =)

    ReplyDelete
  6. Sedapnya kalau mkn ngan nasi panas

    ReplyDelete
  7. Amboi...soklan..'tengok gambo terliuq tak? huwaaa...memamng terliuq sangat...seb baik tak menitik ayaq liuq cheq ataih keyboard ni...
    sedap ni makan ngan nasi panas..tak mo nasi cicah jer ngan roti

    ReplyDelete
  8. kalo cicah dengan roti ni meletup2 la dalam mulut rasanya..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.