Tuesday, 15 January 2013

Biskut Coklat Chips Rangup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Biskut Coklat Chips Rangup...mmg sedap dan rangup sangat.
Jom....kita tgk resepinya.  

Biskut Coklat Chips Rangup
Bahan A 
  • 125 g butter 
  • 125 g majerin
  • 1 sudu besar shortening
  • 160 g gula halus 
  • 1 biji kuning telur 
  • 1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata] 

  • 230 g tepung gandum] 
  • 20 g serbuk koko ] ayakkan
  • 100 g coklat chips 
  • 50 g white coklat cips [boleh gantikan dgn coklat rice] 
  • 50 g badam cincang [roasted] 
  • 50 g nestum 
Cara 
1. Gaulkan butter, majerin, shortening dan gula sehingga sebati. 
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata. 
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu. 
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang. 
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak. 
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

10 comments:

  1. assalam sis...sangat rare jumpa kukis kalau luar musim raya...ni amek order untuk CNY ke?

    ReplyDelete
  2. sedap nya coklat chip ni..suka makan ni kak..:)

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak norzi.lama zila x buat..ada je cok cip tu..musim x raya dap makan kan..

    ReplyDelete
  4. nampak sedapp..biasanya time raya jew zila rajin buat biskut..bdk2 mesti suka nie..

    ReplyDelete
  5. Kalau raya orang selalu buat, kalau tak raya lagilah sedap!

    ReplyDelete
  6. sedap tgok..lame xbuat cholt chip..huuu

    ReplyDelete
  7. kalo budak2 tengok ni kak, sekejap jer blh habis..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.