Monday, 14 January 2013

Ayam Masak Padang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ayam masak padang yang enak ni sangat sesuai untuk dimakan dengan nasi putih atau nasi impit.
Selamat mencuba.


Ayam Masak Padang

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 6 tangkai cili merah (dibuang biji)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api
Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.
  4. Hidangkan.

14 comments:

  1. selamat pagi kak..lama tak singgah sini..wah bau lauk ni sampai sini la..hihihi

    ReplyDelete
  2. selamat pagi kak..lama tak singgah sini..wah bau lauk ni sampai sini la..hihihi

    ReplyDelete
  3. thanks shre resepi ni.ada gak la idea nak masak ptg ni kang.

    ReplyDelete
  4. wah ada lauk padang yg special hari ni sedap tu akak dah masak nasi putih ni heee boleh lah try

    ReplyDelete
  5. Nampak sungguh menyelerakan ayam masak padang ni...nyum nyum!

    ReplyDelete
  6. kompem menyengat ni diapunya rasa..kuahnya yg pekat tu bikin mnjilat jari...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kak....

    Boleh la nak try... D

    ReplyDelete
  8. selalu terliur kalau singgah sini

    ReplyDelete
  9. tak penah gi makan ni...t nak cuba la...thanks for sharing

    ReplyDelete
  10. lapar pulak perut ni tengok menu kat atas ni ^_^

    ReplyDelete
  11. tengok rupa macam ayam masak merah pun ada juga akak yer..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.