Friday, 14 December 2012

Soto Madura


Assalamualaikum dan salam jumaat semua.Terima kasih kepada semua penggunjung yang sudi singgah di dapur SNH.
Bertemu lagi kita di hari jumaat yang mulia ini dengan resepi soto madura...pernah makan tak?.Bila makan soto ni baru sis teringat dulu2 sis pernah makan soto macam ni.Kat rumah lama dulu ada satu warung bakso yang jual soto madura ni,penjualnya orang Indonesia.Masa tu tak tahu pulak nama soto ni soto madura sebab kakak yang jual tu kata soto ayam.
Soto madura ni memang sedap....bersantan.Kalau sape2 berminat nak mencuba sis sertakan resepinya di sini ye.

Soto Madura
Oleh:Norzie hany
Sumber:Yatie

Bahan-bahan
  • 1 ekor ayam – dipotong 4, (2 keping dada di goreng manakala selebihnya di ptng kecil utk di masak bersama kuah soto)
  • 1 s/k garam dan sedikit serbuk kunyit utk mengoreng ayam.
  • 2 kotak santan kara/ayam brand ( 1 kotak 200ml)-guna santan kotak supaya kuahnya cantik, tak pecah..
  • 4 cwn air atau secukupnya
  • 3 batang serai – dititik
  • 1 btng kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
  • Garm dan sedikit gula
Bahan di Kisar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 1 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1 labu bwng besar
  • 5 ulas bawang merah - dikisar
  • 5 ulas bawang putih - dikisar
  • 1 inci kunyit hidup - dikisar
  • 1 inci halia - dikisar
  • 1 sudu kecil lada putih/sulah- di tumbuk halus

Lain2 bahan yang diperlukan :

  • sambal kicap
  • Taugeh buang ekor, cuci dan toskan-tak perlu di celur
  • Hirisan daun sup
  • Bawang goreng
  • Nasi impit secukupnya

Cara Penyediaan.

  1. Goreng 2 keping dada ayam sehingga masak dan ketepikan dulu. Sekiranya dah sejuk, bolehlah di siat2 kecil dan ketepikan...bila nak makan soto madura, barulah letak ayam tadi dan siramkan kuahnya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk untuk menumis. Masukkan kayu manis dan bunga lawang. Masukkan bahan2 yang telah dikisar, jintan manis dan ketumbar...masukkan lada sulah yg telah di tumbuk lumat.
  3. Tumis hingga naik bau. Masukkan serai yang telah dititik. Masukkan ayam yg diptng kecil.
  4. Kemudian masukkan air, dan kacau sentiasa. Masak hingga mendidih.
  5. Masukkan santan dan gaul sebati. Masak lagi sehingga mendidih dan guna api sederhana.
  6. Masukkan garam dan perasakan, sekiranya dah ok, bolehlah matikan api.

*** Hidangkan bersama nasi impit,ayam yg telah di goreng dan di potong kecil/siat2kan, sambal kicap dan taugeh mentah. Taburkan bawang goreng dan hirisan daun sup. Siap utk di makan. 

9 comments:

  1. marvellous dear ;-)..salam jumaat

    ReplyDelete
  2. huiishh.. baru dok sembang ngan member pasal bakso.. ni nampak soto plak.. sedapnya..

    ReplyDelete
  3. rasa lapar bila tengok soto..nasi impit adabi tuh bleh guna untuk resepi nih ke?

    ReplyDelete
  4. Sue Bee.
    Boleh....sis mmg guna nasi impit adabi.

    ReplyDelete
  5. masa dok asrama,nabila selalu makan soto. sedap ;D

    ReplyDelete
  6. Nampak sedap..M x pernah makan Bakso..

    ReplyDelete
  7. wahh soto..selalu mak rajin bli..yaya mkn aym nye jek..hehe...;p
    thanks kongsi resepi ^_^

    ReplyDelete
  8. soto ni rajin beli je ..insyaallah nanti kite try resepi ni :) ..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.