Saturday, 1 December 2012

Kek Lapis Kasih Ibu


Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua.
Bertemu lagi kita di en3 kali ini....kek lapis yang sis buat petang semalam.
Percubaan pertama buat kek lapis Sarawak.... sebelum mencuba,berkali-kali sis dok baca resepi kek lapis ni di blog Hasue,itupun cari resepi yang mudah2 dulu.Syukur Alhamdulillah menjadi juga walau tak secantik mana pun....yang penting sis suka rasanya,memang sedap.
Lepas ni bolehlah sis cuba buat kek lapis yang lain pula,dah mula yakin sikit kihkihkih.
Resepi kek lapis kasih ibu ni milik Hasue....kalau sis masuk blog Sue,biji mata sis ni macam nak terkeluar dok menatap satu persatu kek lapis yang cantik2,memang teruja sangat2.  


Terima kasih ye Sue kerana sudi berkongsi resepi kek lapis yang moist dan enak ni.Sis mohon share di blog ni untuk rujukkan sendiri dan teman2 yang lain. 
Selamat mencuba.



Kek Lapis Kasih Ibu
Oleh:Norzie hany
Sumber:Sue-hasue


Bahan2:
  • 340g mentega
  • 165g gula halus
  • 1/2 tin kecil susu manis
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 6 biji telur ayam (gred A)
  • 170g tepung hongkong/tepung gandum
  • 180g seri kaya(tin kecil)
  • Pewarna-hijau dan merah jambu / atau pewarna pilihan

Cara membuatnya:
  1. Panaskan pengukus, oles loyang dengan mentega dan tabur tepung dengan rata(tepuk2kan loyang sekeliling supaya tepung rata,buang tepung selebihnya)
  2. Mentega dipukul bersama gula halus sehingga putih. Masukkan telur satu persatu sambil terus dipukul dengan kelajuan yang perlahan.
  3. Setelah itu masukkan esen vanila,tepung,susu dan serikaya. Pukul sehingga sebati dan padamkan mesin.
  4. Dengan menggunakan senduk,gaul adunan agar benar2 sebati sehingga dasar bekas.
  5. Bahagi kepada 2 bahagian,warnakan hijau dan satu bahagian lagi diwarnakan merah jambu.
  6. Masukkan satu cawan warna hijau dan kukus sehingga hampir masak(cukup sekadr permukaan hampir kering(masih berwap) dan jangan tunggu sehingga menggelembung)
  7. Lapiskan dengan satu cawan adunan berwarna merah jambu..(Boleh susunkan asam manis jika suka.)Ulangi langkah ini sehingga adunan habis.
  8. Kukuslah sekurang2nya satu jam setelah lapisan terakhir. Selamat mencuba.. :)

13 comments:

  1. assalam Norzie..Tahniah..berjaya buat kek lapis serawak..acik selalu tengok resepi..tapi nak mencuba belum ada keberanian..

    ReplyDelete
  2. Buat kek lapis Sarawak ni memang kena ada tahap kesabaran yang tinggi ye Norzie... walaupun ambil masa yang lama untuk menyiapkannya tapi puas hati, hasilnya sedap dan cantik!

    ReplyDelete
  3. as salam

    cantik nye kek lapis dia..saya ske ni:)

    ReplyDelete
  4. salam. terima kasih atas kunjungan ke blog sy tempohari. wow! bila tengok entri di sini buat sy lapar aje la..kena suruh yg tersyg buat kek lapis ni....

    ReplyDelete
  5. rajinnya Norzie melapis kek ni tapi kena sabar tunggu ek lama jugak tu kan hee senang ckp beli lagi cepat tabik lah sebb rajin sangt Norzie

    ReplyDelete
  6. mmg kene bersabar buat kek ni kan kak, percubaan menjadiklah kak!!!

    ReplyDelete
  7. Nampak cantik & sedap kak norzie : )

    ReplyDelete
  8. nk buat kek lapis mood kena btul2 rajin time tu..sbb amik masa yg lamakn..kalau x nti..lapisan ade yg nipis ade yg tebal lak nti..hihi

    ReplyDelete
  9. assalam sis
    woo rajinnya sis wat kek lapis, sy kan tingin jg tp tu la mcm kata QH kena betul2 rajin dan masa betul2 free he he sedapkan kalu layan kek lapis ni ym ymmm

    ReplyDelete
  10. da berjaya ye...mesti sedap nih...

    ReplyDelete
  11. salam sis..
    cantiknya kejadian kek lapis dia wpun pertama kali buat..hehe..
    selalu buat kek lapis x sempat nak posing laa kebelakangan ni..haih..kena rajinkan sikit diri ini kan sebab sayang jika tak kongsikan resepi2 yg menarik..huhu...tahniah atas percubaan yg bejaya tu n trm kasih krn berani mnncuba.. :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.