Friday, 30 November 2012

Cencaru Panggang Shahriah


Assalamualaikum wbt semua.
Cencaru Panggang atau caru sumbat belah belakang.
Resepi dari buku Sajian Istimewa Shahriah Abdullah....korang dah beli ke?.Memang tak rugi memiliki naskah ini,resepi di dalam buku ini semuanya enak2 belaka dan yang penting bahan2 yang digunakan memang senang dan mudah di dapati.Buku ini memuatkan resepi turun-temurun atau warisan keluarga Sha.
Terima kasih dan minta di halalkan resepi ni ye Sha,sis mohon share di blog ni untuk rujukkan sendiri dan teman2 yang lain. 

Cencaru Panggang Shahriah
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 2 ekor ikan cencaru-belah belakang
  • Daun pisang-utk alas waktu memanggang
  • 1 helai daun kunyit-hiris
Bahan kisar:
  • 2 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 sm halia
  • 1 sm lengkuas
  • 2 biji buah keras
  • 1 sm belacan
  • Garam & gula secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Bersihkan ikan cencaru dan toskan.Lumur dengan sedikit garam dan minyak.
  2. Campurkan bahan kisar bersama daun kunyit dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
  3. Sumbat dalam belahan belakang ikan.
  4. Panaskan kuali leper dan alas daun pisang sewaktu memanggang.Panggang ikan hingga masak.
  5. Angkat dan sedia di hidangkan.


11 comments:

  1. lama dh xmkn cencaru sumbat :(

    ReplyDelete
  2. L suke sgt mkn ikan sumbat nih.. hehe. kalau kat sp, tiap2 tgh hr kalau ada ikan ni, L akan beli ikan ni lah. hehe..

    ReplyDelete
  3. wow...amazing..tetiba jadi lapar sgt tgk cencaru niiiii!

    ReplyDelete
  4. sedap..inti sumbat tue letak byak2 alahaiii dapnyaa:)

    ReplyDelete
  5. sedap nya ikan cencaru sumbat, apa2 pun kalau sumbat mmg sedap Norzie kena dgn nasi panas mmg terangkat ni

    ReplyDelete
  6. Cencaru panggang memang sedapkan Norzie... bolehnya kita meratah sekor sorang2!

    ReplyDelete
  7. Sedapnya kak norzie, mmg peberet ni, selalu guna ikan kembung saja..

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum Norzie hany,

    Terima kasih ya kongsi resepi....menu kesukaan Kak Ros nih he.he...
    Boleh la kak Ros try nanti,selalunya kak Ros goreng ja....

    ReplyDelete
  9. as salam

    cecaru ni memang sedap sungguh kalau kena gaya masak kan..nice recipe:)

    ReplyDelete
  10. suke suke suka sgt kak cencaru sumbat ni hehe

    ReplyDelete
  11. kita tak makan ikan..jadi kali ni tak terliur pun..
    heheheh

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.