Monday, 3 December 2012

Kari Ikan Jenahak.

Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Perasan tak,dah banyak kali sis buat en3 pasal lauk kari.Kalau nak tahu inilah lauk fav sis,tak kiralah kari ikan,ayam atau daging....memang tak pernah jemu.Kari ni adalah masakan warisan yang menjadi kebanggaan orang-orang utara.Ayahanda dan bonda sis orang utara sebab itulah agaknya sis penggemar tegar sebarang lauk kari.Sejak dari zaman kanak2 inilah hidangan utama keluarga kami....hari2 makan kari.
Kalau sape2 berminat nak cuba sis sertakan lagi resepinya di sini ye.
Selamat Mencuba.



Kari Ikan Jenahak
Resepi:Norzie Hany

Bahan-bahannya:
  • 3 potong ikan jenahak.
  • 1 bungkus kecil rempah kari babas
  • 1 sudu besar serbuk cili/1 sudu besar cili kisar
  • 4 biji kacang bendir
  • Air asam jawa.
  • Santan-secukupnya
  • Garam dan gula@serbuk perasa-secukupnya
Bahan tumis:
  • 3 biji bawang merah-dihiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 inci halia-hiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 sk halba campur
  • Sedikit minyak-menumis
Cara memasak:-
  1. Panaskan minyak tumis bahan penumis hingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari dan serbuk cili yang telah dijadikan pes.
  3. Kacau sehingga rempah sedikit garing dan barulah masukkan santan.
  4. Masukkan ikan dan biar sekejap dan barulah masukkan kacang bendir dan air asam jawa serta garam secukup rasa.Masak sampai pecah minyak.
  5. Angkat dan hidangkan.

6 comments:

  1. salam kak..saya tak pernah lagi makan kari ikan jenahak..mesti best kan isinya..

    ReplyDelete
  2. sedapnya...mesti cuba nie..:)

    ReplyDelete
  3. salam...sama ngan anak kita suka sangat kari.

    ReplyDelete
  4. pinggan sama la cam kat rmh mak ayah sy...hehe

    ReplyDelete
  5. assalam..kari sentiasa medapat tempat di hati.Saya selalu gn kepala ikan.tak pernah try wat ngan isi ikan jenahak..mesti lagi puas makan sbb isi byk..

    ReplyDelete
  6. Adoiii tak menahan tgk kari ni..buat makan ngan roti canai pun sodap ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.