Monday, 3 December 2012

Cucur Nasi Ikan Bilis

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Kalau ada baki nasi cubalah buat cekodok atau cucur nasi ikan bilis ni.Memang sedap dan sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.
Selamat mencuba. 



Cucur Nasi Ikan Bilis
Oleh:Norzie hany

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1/2 cwn ikan bilis
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)-sis letak daun kucai
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng

Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali ikan bilis, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah. Selamat Mencuba...

12 comments:

  1. assalam norzie..acik pernah buiat dan memang sedap

    ReplyDelete
  2. Salam Zie, memang selalu gak buat kalau ada nasi lebih supaya tak membazir.

    ReplyDelete
  3. norzie baru aje wat aritu mmg feveret sbb lembut..

    ReplyDelete
  4. lain dr lain....xpnh buat,festime tahu ni....

    ReplyDelete
  5. Cantiknya..bulat sekata cam bola ping pong jer suma.Kalau sy wat mesti ada bulat, lonjong macam2 size.Sedapkan cucur nasi...

    ReplyDelete
  6. boleh try time cuti hehehhe
    thanks

    ReplyDelete
  7. time petang2 takde keja buat sambil minum teh o panas memang sedap ni...=D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.