Monday 10 December 2012

Bingka Pisang


Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Resepi berkaitan pisang lagi.....dah 2 kali sis buat bingka pisang ikut resepi ni.Garing di luar dan lembut di dalam...sedap,lebih2 lagi makan masa suam2.Sangat sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.


Kalau malas nak buat rupa ni boleh masukkan dalam loyang dan bakar seperti biasa. 
Selamat mencuba




Bingka Pisang
Oleh:Norzie hany

Bahan-Bahan 
  • 1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar
  • 1 cwn tepung gandum*
  • 3/4 cwn gula*
  • 1 cwn santan*
  • 1 cwn susu sejat/cair*
  • 1 biji telur*
  • 2 sudu besar butter*
  • sedikit garam

Cara-cara
  1. Blender semua bahan*
  2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
  3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter.
  4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
  5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi sedap.

8 comments:

  1. salam sis..
    owh pisang boleh di buat bingka jg ya.. sedapnya nampak,nnti bleh di cuba ni..TQ

    ReplyDelete
  2. salam Norzie..nampak sedap..kena gi cari loyang lah nak buat ni.. :)

    ReplyDelete
  3. Memang kreatif.... pisang dibuat bingka tentu harum baunya bila dah masak ye Norzie..

    ReplyDelete
  4. aduh bingka pisang la pulak...mesti harum n wangi semerbak baunya ni...sedapnya

    ReplyDelete
  5. akak belum pernh buat bingka pisang biasa nya buat apam je dngn kek boleh try gak nanti pasti sedap ni

    ReplyDelete
  6. ingtkn kuih bakar tdi.. hihihi
    nmpk sedap!

    ReplyDelete
  7. ooo..baru tau ada jugak bingka pisang..

    ReplyDelete
  8. eh, bingka pisang pun ada upanya yer..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.