Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera semuanya.
Bertemu lagi di en3 kali ini,setelah 2 hari bercuti dari berblog....terasa lama la pulak he3.
Biasanya kalau beli jagung mesti sis simpan sebiji dua untuk buat cekodok atau jemput2 jagung ni.Cekodok ni memang fav sis....nak buatnya pun mudah aje,sis rasa semua orang tahukan.
Kepada adik2 atau sesiapa sahaja yang nak mencuba sis sertakan resepinya di sini...bahan untuk udang tu boleh juga di gantikan dengan ikan bilis,ikutlah citarasa masing2.
Jemput-jemput Jagung
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahannya:
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji jagung-ambil isinya
- 1 cawan udang kertas-buang kulit
- 1 biji telur
- 1 biji bawang besar-hiris
- 1 biji cili hijau/merah-hiris halus
- 1 3/4 cawan air suam
- Garam secukup rasa
- Minyak-untuk menggoreng
Cara-caranya:
- Bancuh tepung gandum,telur dan garam dengan air suam hingga sebati.
- Masukkan semua bahan2 yang lain dan gaul rata.Perap lebih kurang 5 minit.
- Panaskan minyak dan basahkan hujung jari dengan air dan jemputkan adunan kedalam kuali.
- Goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.
sedapnya jemput2 jagung..
ReplyDeletemesti blaja buat resepi baru ni..
xpenah lagi wat resepi ni :)
tetiba laparlah plk..:)
ReplyDeleteDah lama akak tak buat jemput2 jagung ni Norzie... anak2 akak cukup suka ni.. semalam akak buat jemput2 milo atas permintaan anak-anak :D
ReplyDeletesdp ni mkn panas2.. tak pernah lagi makn jemput jagung. slalu mkn ikan bilis je :)
ReplyDeleteslm kenal.. folo sini blik
sdp ni mkn panas2.. tak pernah lagi makn jemput jagung. slalu mkn ikan bilis je :)
ReplyDeleteslm kenal.. folo sini blik
tempohari pun dpt mkn jemput2 jagung air tangan ma tersayang... jadi bertambah2 sedap bila ma yg masak.. hehe...
ReplyDeleteKakak semalam buat jemput-jeput ikan bilis. Tak ada jagunglah norzie. Kalau ada boleh juga buat kan. Sedap ni..
ReplyDeleteAs'salam Norzie, selalu buat cekodok telur dan ikan bilis aje. jagung tak pernah lagi :)
ReplyDeletemak sy selalu buatkan...sedappp tapau mkn time bfast..nyum2x...:)
ReplyDeleteInilah menu sarapan kami di pagi hari... kalau boleh anak2 mahu setiap hari... syukurlah ada stok tin jagung, tak ada udang, ikan bilis pun boleh pakai... sedapkan Norzie.
ReplyDeletenyum2 sedap nie
ReplyDeletemakan panas2 sedapnya..cicah sos..waallaaa kecurr:)
ReplyDeletecucur jagung memang sedap kak..
ReplyDeletekalau hujan2 best ni.. kena pulak panas2
ReplyDeleteas salam
ReplyDeletemy fav ni, kat entry lama ada la ni..skang dah lama tk wat keke :)
Terima kasih sudah berkunjung :)
ReplyDeletePasti enak dimakan selagi hangat.
sedap ni..selalu gak beli kat gerai blkg umah..
ReplyDelete