Assalamualaikum dan selamat berhari minggu semua.
Kuih kegemaran tuan rumah...tak kiralah apa2 jenis apam pun semua saya suka.Kali ni buat perisa coklat...untuk menarik minat anak2(budak-budak mmg suka coklatkan).Sebelum ni pun saya pernah buat apam mekar di SINI tapi kali ni saya cuba resepi kak Liza pulak.Sedap dan gebu sangat,kalau sesiapa yang berminat nak cuba sis sertakan resepinya di sini.
Selamat mencuba.
Apam Mekar Coklat
Oleh:Norzie hany
Sumber:Chef Hanieliza
Bahan
- 250 gm gula
- 2 biji telur
- 1 s/k esen vanilla
- 200 ml susu segar
- 300 gm tepung gandum
- 1 s.k ovallate
- pewarna merah dan hijau-sis letak coklat emulco
- acuan kertas
Cara
1. Panaskan kukusan
2. Pukul gula dan telur sehingga kembang dan gebu.
3. Masukkan essen vanilla dan pukul lagi.
4. Masukkan tepung gandum, susu dan ovallate. Pukul lagi sehingga gebu.
5. Bahagiakan adunan kepada 3 mangkuk.
6. Masukkan perwarna merah dan hijau dalam mangkuk yg berasingan.
7. Masukkan adunan dalam pelastik piping bag setiap warna yg berlainan.
8. Picitkan serba sedikit setiap warna kedalam acuan kertas.
9. Letakkan acuan kertas dalm acuan apam dan kukus selama 15 minit.
10. Bila telah masak angkat dan hidangkan.
NOTA:
jika tak mahu warna -warni..just masukkan coklat cair sebahagian adunan dan sebahagian lagi biarkan plain [warna asal]..
dan masukkan dua-dua dalam paper-cup dan kukus saperti biasa dengan api besar..
memang nampak sedap pun kak.. :)
ReplyDeletekalau coklat compom sedap kak
ReplyDeletelawa mekar mcm bunga..mesti sedap..nak cuba wat lepas nih..
ReplyDeletesy tak penah wat lagi apam cam ni..mesti sedap kan sbb buh coklat..kena cuba nih.. :)
ReplyDeleteanak2 el x mkn lau apam ni
ReplyDeletetp insyallah lau apam coklat ni depa mkn lah kot sbb cam mufin cok kan hehe
nak try buat tgk bahan pun sng jek
alahai sedapnya, ini wajib kene cuba, nak beli oven dah lama tapi belum kesampaian lagi, seronoknya kan ck kalau anak2 bolh bwk bekal macam ni gi school nyum2
ReplyDeleteComelnya! Lebar senyumannya yang mekar tu....
ReplyDeleteSedapnye.Boleh try ni.Hehe. :)
ReplyDeleteperghhh..bestnye
ReplyDeletewahh sdp..bole try ni ^,^
ReplyDeleteSedapnyer...
ReplyDeleteteringin nak p rumah akak, dapat makan macam2 :D
tetbe teringt kuih ijau apam kecik2x gini..mcm berangin ckit dulu tu..tp tak ingat plak apa diletak...dulu pernah jd fenomena kuih tu..tp lupa dh...
ReplyDelete