Wednesday, 7 November 2012

WW- Acar Rampai


Acar Rampai
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 biji timun-buang biji & potong memanjang
  • 1 biji lobak merah-potong nipis memanjang
  • 1 biji bawang besar/3 biji bawang merah-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • Garam,gula dan cuka-secukupnya
  • Air secukupnya
  • Sedikit minyak
  • Bijan-jika suka
Bahan A
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
Caranya:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan hiris dan kacau rata.Biarkan sebentar.
  3. Masukkan cuka,garam dan gula secukup rasa.
  4. Masukkan sedikit air dan kacau sebati.
  5. Angkat dan boleh ditabur bijan jika suka dan hidangkan.


7 comments:

  1. sedapnya.. berseri2 acar rampai ni..
    makan ngan nasi minyak ke, nasi tomato ke.. mmg terangkat..

    ReplyDelete
  2. as salam

    sedap acar ni,ske yang rangup2 tu kan..

    ** tahniah norzie menang segmen saya..nanti dtg blog k :)

    ReplyDelete
  3. Dah lama akak cari resepi acar rampai ni.. tq norzie :D

    ReplyDelete
  4. penambah selera nih.. sedapnye~

    ReplyDelete
  5. akak pun suka acar rampai ni mesti dicuba suatu hari Norzie cantik acar tu berkilat2 lagi

    ReplyDelete
  6. sangat suka acar macam ni.Makan lak dgn nasi minyak sedapnyeeeeeee

    ReplyDelete
  7. Woi!! Mesti sedap...kombinasi warnanya cantik...Kenapa akak tak masuk Master chef hihihi

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.