Thursday, 8 November 2012

Nasi Lemak Pandan Wangi


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang di sayangi.Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT dan sihat2 selalu hendaknya.
En3 untuk hari ini.....Nasi lemak pandan wangi,sis guna beras basmathi tapi boleh juga guna beras wangi atau beras biasa...terpulang pada citarasa masing-masing.Rasanya lebih kurang sama macam nasi lemak biasa cuma bau/aromanya sangat wangi dengan perahan air daun pandan.Color hijau nasi lemak ni juga buat kita terasa berselera aje nak makan.
Okay...Jom kita berkongsi resepinya. 




Nasi Lemak Pandan Wangi
Resepi/Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 3 cawan beras basmathi- (saya guna Kashmir Faiza basmathi)
  • 3 cawan santan
  • 1 cawan air daun pandan(blend air + 6 helai daun pandan)
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 batang serai-di titik
  • 1/2 biji bawang besar-hiris
  • 1 sm halia-hiris
  • Garam-secukup rasa
Caranya:
  1. Beras basmathi basuh dan di rendam selama 20 minit dan toskan.
  2. Campurkan semua bahan2 dan dan kacau biar sebati
  3. Masak seperti nasi biasa di dalam rice cooker.Bila nasi sudah masak gembur perlahan2 agar nasi tidak hancur.
  4. Hidangkan dengan,telur rebus/telur mata,kacang tanah goreng,ikan bilis goreng,timun dan sebarang sambal mengikut kegemaran masing2.  

16 comments:

  1. alaaaaaaaaaaaa...
    terliur cek tau..!!!
    nasi pandan ke.. nasi lemak ke.. semua cek suka tau.. :D
    sedap tengok udang dok posink kat tepi tu..

    ReplyDelete
  2. Wangi tahap gaban nie....! Nasi lemak biasa yg dah simpul daun pandan pun wangi....ini kan plak trus buh hijau pandan gitu.....semerbak la baunya......hehehe.....

    ReplyDelete
  3. haiii..pagi-pagi ni tengok lapar di buatnya..mesti sedap akak masak..hehe..hantar dekat saya sikit..^__^

    ReplyDelete
  4. selalu buat nasi lemak tp x pernah lg buat yg kaler ijau nie...nanti2 leh try...

    ReplyDelete
  5. Canteekk sungguh tengok nasi lemak pandan ni... nak cuba juga cuti sekolah ni hahhaha .. tunggu angin rajin le nampaknya :P

    ReplyDelete
  6. nanti nak cuba masak sendiri plak..
    salam kenal..singgah & follow sini...:)

    ReplyDelete
  7. Sedapnya Norzie... kakak pernah buat tapi terlembik pulak. Itupun licin juga. Kalau kena macam Norzie punya ni sah-sah tak cukup satu periuk.

    ReplyDelete
  8. nasi lemak mmg tak pernah tolak mesti tarik je apa lagi tengok yg ada segala macam tu huh sedap bangat ni..

    ReplyDelete
  9. suke 5 sebab:)
    1: kaler hijau
    2: daun pandan wangi
    3: mmg as suka mkn nasi lemak
    4: sis pandai hias!
    5: TQ sharing di sini")

    ReplyDelete
  10. canteknye nasi lemak kaler ijau~

    ReplyDelete
  11. Sedapnya...suka tengok kalernya cantik..

    ReplyDelete
  12. WAH...sedapnya tengok....! boleh cuba ni...=D

    ReplyDelete
  13. as salam

    nampak sedap plak sbb kaler dia menarik :)

    ReplyDelete
  14. sedapnya nampak nasi lemak panda ni..berselera tgk warnanya..

    ReplyDelete
  15. nampak cantek pula nasi lemak wane hijau, bleh cuba ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.