Thursday, 15 November 2012

Waffle


Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1434H.
Selamat menyambut Awal Muharam 1434H kepada semua rakan-rakan dan umat Islam di seluruh dunia...moga di tahun baru ini lebih memantapkan iman,ibadah dan taqwa kita kepada Allah SWT.
Tercapai juga hajat sis ingin memiliki maker waffle ni.Bukan main susah lagi nak cari benda ni,naik turun pasaraya tapi tak jumpa2.Akhirnya terjumpa di kedai menjual bahan bakery di kampung Jawa,itupun tinggal 1 ni aje brand Takada.
Kalau nak tahu anak-anak sis memang cukup2 suka makan waffle ni,pantang jumpa orang jual waffle kat pasaraya mesti mereka nak beli.Sejak dah ada maker waffle ni sis dah cuba 3 resepi tapi yang ni agak sedap juga.Korang ada tak resepi waffle yang rangup walaupun dah sejuk...kalau ada sudilah berkongsi eh.


Waffle
Oleh:Norzie hany
Sumber:AlongRoz@MYR

Bahan-bahan (3 set x 5 keping )
  • 2 biji Telur
  • 3/4 cwn Susu segar
  • 2 tbsp Minyak sayur
  • 1 cwn Tepung
  • 1 1/2 tsp Baking powder
  • 1 1/2 tsp Gula
  • 1/2 tsp Garam
Cara-cara:
  1. Panaskan electric waffle maker.
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, icrecream atau jem.

12 comments:

  1. semangat nak makan bila waffle berbentuk love.

    ReplyDelete
  2. assalam Norzie..cantiknya bentuk waffle Norzie.anak2 acik pun suka makan..satu tempat je yang dia orang sedap dan rangup..di Aeon seremban2

    ReplyDelete
  3. salam sis
    cantik bntuknya..selera tgk..mesti rangup..zila x jumpa lg wafer yg bila dh sejuk masih rangup..ank zila pun suka nie..:)

    ReplyDelete
  4. Waffle maker ni termasuk dalam shopping list saya yg ntah bila lah nak di beli...patutlah susah dpt stok ya brandnya pun namanya Takada. hihi...apa2 pun waffle tu nampak cantik ya...

    ReplyDelete
  5. waffle mmg fav anak2 akak jgk ni kalau buat satu adunan pasti tk cukup kurang2 dua adunan hahaa cantik waffle Norze

    ReplyDelete
  6. salam kak..saya pun suka makan waffle..sedap tu..bape hg waffle maker ni..

    ReplyDelete
  7. salam perkenalan.Boleh tanya acuan tu beli kat Kg Jawa mana ya?

    ReplyDelete
  8. Salina & Noor dekitchen.
    Rm75 shj beli di kg Jawa Melaka.

    ReplyDelete
  9. nak kena belilaa eh pan waffle tuu.. alaaa... kiut plk tuu bentuk love.

    ReplyDelete
  10. cantik...mesti sedap waffle tue..

    ReplyDelete
  11. oohhh.. sedapnye kalo bleh makan panas2.. terus rasa lapar~

    ReplyDelete
  12. comel nyer..
    nak makan pun rasa sayang

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.