Thursday, 22 November 2012

Sambal Tumis Telur Rebus


Assalamualaikum semua.
Sambal tumis telur rebus....dah lama sis tak masak sambal tumis telur rebus.Rasanya semua orang pandai masak sambal telur yang mudah ni....tapi sis tetap nak berkongsi juga cara sis masak sambal telur ni.Manalah tahu resepi ini boleh dijadikan panduan kepada adik2 yang baru hendak berjinak-jinak kedapur.
Selamat mencuba 


Sambal Tumis Telur Rebus
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 biji telur-rebus dan kupas kulitnya
  • 1 cawan cili kisar
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • Air asam jawa-secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak-menumis
Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm belacan
Cara-caranya:
  1. Panaskan minyak dan goreng telur yang telah direbus hingga kekuningan.Ketepikan.
  2. Dalam minyak yang sama tumis bahan kisar dan cili kisar hingga garing dan terbit minyak.
  3. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar.
  4. Masukkan telur tadi dan bawang hiris.Perasakan dengan garam dan gula.
  5. Masak hingga pecah minyak.Angkat dan hidangkan. 

12 comments:

  1. sedap ni... kalau anak2 kadang2 suka yg bulat2 camni.. kadang2 diorang prefer nak yg telor mata plak.. tukar2 selera..

    ReplyDelete
  2. wahh nampak sedap..
    colour pun cantik..boleh cuba ni..Hubby sy
    mmg suka makan telur rebus...:)

    ReplyDelete
  3. feveret sye la...wah, msti cube bt sendiri ni....^_____^

    ReplyDelete
  4. mmg menggoda nie...lapaqqqq dan2 tau...hehe

    ReplyDelete
  5. tumis telur makan plak dgn nasi putih or nasi lemak memang sedap..

    ReplyDelete
  6. Sedap ni sambal telur... di tempat kami memang popular jadi lauk nasi kuning...selain sambal ikan...

    ReplyDelete
  7. alamak..alamak!!!...my paberet....

    ReplyDelete
  8. sedap..dh lama xpekena lauk sempoi yg cmni..kalau mkn bleh btmbh nasi dipinggan..hehe

    ReplyDelete
  9. family saya mmg suka dgn sambal telur ni.. pantang buat kejap je licin

    ReplyDelete
  10. Saya rasa mengancam melihat sambal tumis awak...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.