Friday, 23 November 2012

Daging Masak Kurma



Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur Alhamdulillah bertemu lagi kita di hari jumaat yang mulia ini....semoga kita semua sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah SWT di dunia dan akhirat hendaknya. 
En3 kali ini...daging masak kurma yang sangat sesuai untuk penggemar masakkan yang tidak pedas.Daging masak kurma ini sangat enak di makan dengan semua jenis nasi dan sangat sesuai dihidangkan di majlis2 keramaian.
Sis sertakan resepinya di sini,sape2 yang berminat bolehlah mencuba.  



Daging Masak Kurma
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 400gm daging-potong dan bersihkan
  • 25gm serbuk rempah kurma
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 biji kentang-belah 4
  • 2 biji cili hijau-belah 2
  • 1 biji bawang besar-hiris bulat
  • 1 biji tomato-belah 4
  • Santan-secukupnya
  • Garam dan gula@serbuk perasa-secukup rasa
  • Minyak-menumis  
Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 biji buah keras
Bahan tumis:
  • 1 biji bawang merah- hiris
  • 2 ulas bawang putih-hiris
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 batang serai-diketuk
Cara-caranya:
  1. Bahan-bahan kisar di campur dengan serbuk kurma(jadikan pes)
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan penumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bahan kisar dan kacau hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging dan kacau rata.Biarkan daging mengeluarkan air dan kecut sebentar.
  5. Masukkan santan,kerisik dan kentang.Masak hingga daging dan kentang empuk.
  6. Akhir sekali masukkan garam dan gula secukup rasa dan semua bahan2 yang lain.Apabila kuah agak pekat angkat dan hidangkan.

12 comments:

  1. assalam sis
    sedap ni memang feberet sy dan anak dara kecik sy tu he he tp selalu makan SIL yg masak

    ReplyDelete
  2. Mmmm.. terbau keharuman rempah kurmanya!

    ReplyDelete
  3. Salam Norzie..Lama xmasak kurma nih!..mmg sedap mkn ngan nasi curah kuahnya yg panas tuh!..emmmmmm

    ReplyDelete
  4. daging masak kurma ni mmg sesuai sangat letak cili besar warna hijau.. di samping bau dia rasa yg pedas2 sket tu.. yg best... kan..

    ReplyDelete
  5. wahh sedapnya..dah lamaa x buat masak kurma nie..sedapp:)

    ReplyDelete
  6. memang sedap ni kak.. sesuai utk anak2 sbb tak pedas.. suami sy pun suka juga ni.. tp takleh selalu msk cepat muak... maklumlah tekak ni dah terbiasa dgn menu2 pedas hehe..

    ReplyDelete
  7. sedapnya daging kurma..nak sikit kak..

    ReplyDelete
  8. sedapnya kak,semalam pun kita berlaukkan daging, tapi daging masak kicap..

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum..
    salam kenal. tq sudi singgah myhomework.
    Bila le agaknya saya ni nak pandai msak kurma. tiap kali masak mesti tak jadi.

    ReplyDelete
  10. sedap n nmpk myelerakan...antara fav jugak..tp QH lum penah lg try masak kurma sdri..bleh gntikn dgn ayam kot nikn..sbb xmkn daging..

    ReplyDelete
  11. kalau time kenduri jumpa lauk ni mmg sambar dulu :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.