Sunday, 25 November 2012

Pau Sambal Goreng


Assalamualaikum dan selamat berhari minggu kepada semua rakan2 di alam maya yang saya hormati selalu.
En3 tertunggak sebenarnya....dah beberapa hari sis buat pau ni,tapi baru hari ini sempat berkongsi di sini.Kalau makan pau sambal ni memang tak cukup seketul....ni antara kuih fav sis dari dulu lagi. 
Resepi ni sis cnp dari blog Yatie dan resepi asalnya(kuih donut)dari kak Liza.Terima kasih ye Yatie dan kak liza kerana sudi berkongsi resepi pau sambal yang sangat sedap dan gebusss ni.Izinkan saya panjangkan di blog ni sebagai panduan/rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.
Selamat mencuba.  


Pau Sambal Goreng
Oleh:Norzie hany
Sumber:Yatie

Bahan A 
  • 600 gm tepung gandum
  • 100 gm tepung naik sendiri
  • 100 gm gula halus
  • 30 gm susu tepung
  • 1 s/k garam
  • 11 gm [ 1 paket] yis mauripan
Bahan B 
  • 1 biji telur [pukul sikit]
  • 330 ml air suam
  • 60 gm majerin /butter
  • 1 s/k bread softener
Bahan C [untuk goreng donut] 
  • 500 ml minyak
  • 1 s/b majerin
Cara-Caranya
  1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.
  2. Masukkan pula bahan B dan kacau rata menggunak mesin selama 20 minit. Yatie uli guna tangan, jadi Yatie tuang air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yg di kehendaki.
  3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.
  4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.
  5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.
  6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.
  7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.
  8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan. Boleh juga di buat pau sambal.
**Saya buat pau goreng. Bila doh dah naik sedikit, saya bulatkan2 dan leperkan sedikit, susun dlm dulang. Bila doh dah naik barulah goreng guna api perlahan/sederhana je. Masa nak goreng pun leperkan doh sedikit. Bila dah kekuningan, angkat dan toskan. Bila dah sejuk, barulah belahkan tengahnya tapi jngn sampai putus. Sapukan sambal tumis dan letakkan hirisan timus. Siap dan bolehlah di hidangkan.

Bahan2 Inti Pau Sambal
  • Sambal tumis secukupnya
  • Hirisan timun secukupnya

8 comments:

  1. sedapnya! rindu la pulak, lama sgt dah tak makan. saya panggil burger malaysia.

    ReplyDelete
  2. feberet sy dulu2 jg ni, terutama zaman duk asrama tu he he beli kat pasar mlm simpan utk esk pagi wat breakfas..
    tingin nk mkn tp nk buat leceh sb sorang2 je layan huhuu
    bak seketul sis

    ReplyDelete
  3. lama x mkn la..dulu2 rajin btl beli..x pernah buat lg sis..tggu angin rajin leh cuba nie:)

    ReplyDelete
  4. lapor je sampai sini...

    sama macam kak ujie...
    ita panggil beger malaysia

    ReplyDelete
  5. sedapnya... sy pggil beger malaysia/.. hihi

    ReplyDelete
  6. Myra panggil Beger Malaysia :D

    Sedapnya... :D

    ReplyDelete
  7. saya panggil burger malaysia.. sedap.. nyum nyum

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.