Thursday, 22 November 2012

Bingka Ubi Kayu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kepada semua rakan2 follower,pengunjung2 mahupun  silent reader yang sudi bertandang di blog ni.Apa khabar semua?...Apa pun moga kita semua sentiasa di lindungi dan di rahmati Allah SWT hendaknya.
Hari ini sis nak berkongsi resepi kuih bingka ubi kayu,sebelum ni pernah buat bingka ubi pandan.Akan datang InsyAllah,kalau ada ubi kayu lagi kita buat bingka ubi gula melaka pulak. 
Sebenarnya bingka ubi kayu ni adalah kuih favorite sis....pantang ada ubi kayu mesti nak buat kuih ni.Kalau makan bingka ni memang tak cukup seketul...sedap eh bingka ubi ni,liat2 gitew.
Kuih bingka ubi kayu yang enak ini sesuai di makan bila2 masa aje,tak kira pagi,petang,malam di waktu hujan mahupun waktu panas.
Jom kita kongsi resepinya.


Bingka Ubi Kayu
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 4 cawan ubi kayu-diparut
  • 1 1/2 cawan gula pasir (boleh kurangkan)
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • Pewarna kuning
  • sedikit garam 
Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven terlebih dahulu.
  2. Satukan semua bahan2 dan kacau hingga sebati.
  3. Masukkan adunan ini kedalam loyang yang telah di alas daun pisang dan di glis sedikit minyak.
  4. Bakar dalam suhu 200c selama 1 jam hingga warna bingka ubi ni berwarna keperangan.
  5. Angkat dan sejukkan sebelum di potong.

13 comments:

  1. waaaa, anna suka sangat.. kalo bagi kat anna rasanya satu talam boleh habis...hiihih

    ReplyDelete
  2. sedapnya bingka..
    ni kalau breakfast pun ok.. kalau minum petang lagi2 ok..

    ReplyDelete
  3. Akak dah lama nak buat bingka ubi ni.. siap simpan resepi lagi tapi sampai sekarang tak buat lagi :P

    Bagi sepiring utk akak norzie... hahaha minta tak mengalah sepiring tu :P

    ReplyDelete
  4. sedap! sib baik da mkn lepat ubi kayu pgi nie....kikiki....merasa la gak ubi kayu tu....klau x.....boleh leleh air liur la tgk bingka nie.....:-)

    ReplyDelete
  5. sedapni mmg pebret akak,boleh ler join sekaki

    ReplyDelete
  6. eh.. senang jer nak buat kuih nih.. saya mmg beli jer.. sedap~

    ReplyDelete
  7. Salam Norzieeee Kak Ani datang ni.. wah wah ada bingkaaa sedap kan.. bau yang harum rasa lemak lemak ubi aduhai rasa nak wat la.. kena cari ubi ni ;)

    ReplyDelete
  8. Kita pun hantu bingka ubi kayu Norzie... memang sedap, liat2 kenyal, suka makan yang tepi-tepinya tu... garing!

    ReplyDelete
  9. bingka ubi memang sedap kan kak tapi nak parut ubi kayu tu yg saya malasnya..

    ReplyDelete
  10. nak jugak kak norzie...zila nak tang yang ada kerak tu..ohh yummy nye kena teh panas...

    ReplyDelete
  11. peberet saya ni.. pekena dgn kopi panas.. nyum nyum

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.