Thursday, 29 November 2012

Kuah Passembur/Rojak Mamak


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang di janjikan....hari ni sis nak berkongsi resepi kuah Passembur.Kepada penggemar rojak mamak bolehlah cuba resepi ni ye.Bahan-bahan yang dalam gambar tu tak berapa lengkap...banyak yang tak ada.Boleh tambah mee kuning yang di celur(rojak mee)...ikut la kesukaan masing2.Untuk resepi cucur rangup yang ada kelapa/cucur passembur en3 di sini.Kuah rojak ni tak sama rasa macam kuah kacang yang kita makan nasi impit tu tau.Kalau nak tahu korang cubalah sendiri.Resepi ni sis belajar dengan mamak yang berniaga rojak mamak hehehe.
Selamat mencuba.


Kuah Passembur/Rojak Mamak
Oleh:Norzie hany

Bahan2 Pasembor:
  • 1 biji cucur kelapa-potong
  • 1 biji cucur udang-potong
  • 1 biji tauhu -potong
  • 1/2 biji timun dan sengkuang
  • Kentang rebus-potong kecil
  • Telur rebus
  • Tauge celur-jika suka
  • Mee celur-jika suka
Bahan Untuk Kuah:
  • 100gm kacang tanah-goreng tanpa minyak dan tumbuk halus
  • 20gm serbuk cili
  • 125gm gula merah/gula melaka
  • 100gm gula pasir
  • 1 helai daun pandan-simpul
  • 1 batang serai-ketuk
  • 1 sudu kecil garam
  • 50gm biskut marie-kisar
  • 1 liter air

Cara membuat kuah rojak:
  1. Didihkan air di dalam periuk bersama daun pandan dan serai.
  2. Masukkan serbuk cili dan biarkan masak.
  3. Masukkan gula merah,gula pasir dan kacang tanah,kacau hingga sebati.
  4. Perasakan dengan garam dan kacau lagi.
  5. Akhir sekali masukkan biskut marie untuk memekatkan kuah.
  6. Bila sudah masak angkat dan hidangkan.

18 comments:

  1. Sedap Norzie. Kakak suka campur dgn mee kuning pun sedap. Tapi biasa kakak beli aje sebab tak pandai buat macam Norzie buat.

    ReplyDelete
  2. sedapnya..bikin lapar la pulak ni hehe

    ReplyDelete
  3. waa.. dh lma x mkn pasembor..
    terliur tgk gmbr

    ReplyDelete
  4. wa...saya sangat suka ni...selalu beli jer..

    ReplyDelete


  5. kunjungan gan,bagi - bagi motivasi
    semoga bisa jadi semangat
    Hal mudah akan terasa sulit jika yg pertama dipikirkan adalah kata SULIT.Yakinlah bahwa kita memiliki kemampuan dan kekuatan.
    ditunggu kunjungan baliknya yaa :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..:)
    Salam perkenalan yaaa..:):)

    1st time makan..masa g Penang..terus jatuh suka!!
    Sedap juga kan passembur nii yaa:)
    Tq utk resepi!

    ReplyDelete
  7. salam sis,
    ada bubuh biskut marie yer..patutlh mcm pekat2 sikit kyahnya kan..buasa zila beli jew sis x reti nak buat:)

    ReplyDelete
  8. ni yg suka ni.. hehhe mood rajin mai blh try

    ReplyDelete
  9. Sedapnya pasembur ni... hulurlah sepering lapar ni ptg2 hari ni..

    ReplyDelete
  10. sedap betul nampak tuh norzie...brape kali dah akak telan air liur nih!

    ReplyDelete
  11. wow2 ! sedapnyya . my favourite tuh pasembur 2 . alahai , kecur air liur dah :)

    ReplyDelete
  12. Ohh nooo, my peberet, like 10x...

    ReplyDelete
  13. Tokwan cik melur pun ada taruk biskut meri dlm kuah..memang sedap.
    Tapi kalu cik melur cuba buat sendirik...kompom x sedap la.

    ReplyDelete
  14. biasa harga jual jat rest rm brape

    ReplyDelete
  15. Bawang merah putih xyah masukkn ke sis

    ReplyDelete
  16. senangnye resepi..xpayah fikir nak berubi keledek bagai..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.