Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Nampak tak????...Haha...sedap ngko,cucuq udang yang buat passemboq tu...ada orang panggil rojak kuih mamak.Ya Allah...sebijik macam rojak mamak yang sis makan kat tepi sungai jambatan kampung Jawa Melaka tu.Kalau makan kat situkan sis siap minta tambah cucuq tu....sedap.Cucuq ni kan rangup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam.Dah lama betul sis cari resepi ni....terjumpa di blog Mamak Haji terus sis email minta di halalkan resepi ni.Terima kasih ye Mamak Haji,tapi saya derhaka sikit aje pada resepi tu...bila cair sgt saya tambah 1/2 cawan tepung gandum lagi...mujur jadi dan sedap sgt2.
Untuk kuah passemboq nanti sis kongsi resepinya di en3 akan datang ye.
Selamat mencuba.
Cucur Udang Untuk Passembur Atau Rojak Mamak
Oleh Norzie hany
Bahan-bahan:
- 1 cawan tepung gandum (biasanya 1 cawan = 100gm)(akak letak 11/2 cawan)
- 1 cawan tepung beras
- 3 sudu besar (tbsp)tepung jagung
- 3 sudu besar (tbsp)kelapa parut/ gunakan yang kering. Tak perlu beli, goreng kering di atas kuali dengan api sederhana. kalau malas tak payah bubuh pun.
- 1 sudu kecil (tsp) Yis segera/ Mauripan 11gm setengah paket
- 1/2 sudu kecil baking powder.
- 1 sudu kecil gula pasir dilarutkan dengan 2 cawan air suam (jangan panas!). Larutkan yis. Biarkan 10 minit sebelum dicurahkan kedalam tepung.
- 3/4 sudu kecil (tsp) garam.
*Nota:Mamak haji tak tambah kisaran udang,tauge,kucai,bawang atau cili hidup.Kita cuba tepungnya dulu sebelum kita jadikan ia di guna untuk"resepi passembur".Anda boleh ikut resepi cucur udang mamak penang dalam posting lama.Caranya sama untuk cucur ini kita tambah tepung beras untuk mengeraskan dan tepung jagung untuk tidak menjadikan hasil gorengan yang terlalu keras tetapi jadikan rengup.kalau tidak masukkan tepung jagung ia akan jadi sepert kueh tempeyek.
CARA MEMBUATNYA:
1. Adunkan tepung beras, gandum, jagung, baking powder dab garam serata. Masukkan larutan gula bersama yis dalam adunan tepung. Bancuh tepung serata. Kalau nak berbentuk bulat cucur, cairkan sedikit tapi kalau inginkan cucur berbentukk selinder (bulat memanjang) pekatkan sedikit ditambah tepung gandum. Jenis selinder ini kita perlu gunakan sudip untuk memindahkan kedalam kuali untuk gorengan.
2. Tutup bekas adunan. Biarkan (peraman) selama sekurang-kurangnya satu jam. Lama sangat pun tak boleh kerana tepung akan menjadi masam. Bagi mamak haji 1-2 jam sudah memadai.
3. Adunan biasa akan naik dua kali dari asal. Gaulkan kembali. Masukan nyioq parut (susah nya nak sebut kelapa). Gaulkan kembali adunan. Sambil itu boleh panaskan kuali dengan minyak masak “CAP FELDA FVGH” sebelum naik harga minyak masak naik!.
4. Ini nak goreng ini, uji dan pastikan minyak betul-betul panas dengan masukan satu atau dua titik tepung adunan tadi kedalam minyak untuk menetukan kepanasan. Minyak kalau tak panas, minyak masak diserap ke dalam cucur anda. Ini akan jadikan bukannya cucur udang tapi cucur minyak. Terlalu panas akan menghanguskan cucur. pandai-pandai kawal suhu panas. kalau nak sejukan minyak panas masukan sedikit minyak baru ke dalam kuali. Kepanasan Minyak gorengn jangan sampai ia berasap (terbakar), ia buruk untuk kesihatan yang membentuk asid. Inilah sebab kadang-kala bila makan gorengan tekak kita gatal dan batuk-batuk. Minyak yang telah berasap tidak boleh digunakan. Mana nak buang?. Kenapa majlis tak mahu sediakan tempat kumpul minyak?. Kononnya dasar “hijau”. Hijau itu warna rasmi Petronas bukan Parti Pas.
5. Cara goreng gunakan sudip, panaskan sudip kedalam minyak panas selama 1-2 minit. Ambil adunan tepung dengan sudu (2 sudu) dan tolak dengan sudu yang lain, masukkan dalam minyak panas. Tepung kadang-kala melekat di sudip, untuk elakan biarkan dia masak sedikit kemudian baru tolak masuk. Kalau punyai sudip yang tak melekat (non-stick ceramic) amat sesuai. Buat perlahan-lahan untuk memahirkan.
6. Cara tuang tepung di tepi kuali menggunakan senduk dan tuang ditepi kuali. Yang melekat itu boleh ditolak dengan sudip. Untuk ini tepung perlu cair sedikit kerana ia akan meleleh perlahan masuk ke dalam kuali. Tepung yang masih terlekat atas paras minyak di kuali boleh ditolak masuk dengan sudip bila tepung mulai masak.
7. Meletakan udang di atas cucur memang masalah pada yang mula buat. Nanti udang ke mana cucur ke mana. Untuk memudahkan udang melekat di atas cucur, bersihkan udang dan masukan sedikit tepung gandum supaya udang diselaputi dengan tepung. Tepung ini perlu cair. Ia seperti kita buat “gam” untuk roti sardin atau popia. Letakan udang disalut tepung ini pada peringkat cucur mula masak dan kita tolak masuk kedalam minyak. Pasti udang tak berenang dalam minyak.
8. Cucur yang masak akan terapong dan bertukar menjadi warna kekuningan. kalau anda nak warna seperti cucur udang mamak, tambahkan sedikit pewarna” Red Orange” atau “oren merah” bukan kuning telor. Cucur yang masak kita boleh tentukan dengan tidak ada gelembong udara dikeluarkan dari cucur yang tengah masak. Ini bermakna kandungan air dalam cucur telah sejat. haba mainkan peranan utama dalam setiap gorengan. Garing bermakna mengeluarkan kandungan air dalam setiap gorengan.
selamat petang Norzie
ReplyDeletemmg sedap ni cucur udang yg best yg ada udang tengha2 tu kan, bak seketoiii
sedapnya sis..lama xmkn la..rajin btl sis nie kan..untung suami dpt mkn best2
ReplyDeletesedap ni..makan di waktu petang hari...dah hujan2 mcm ni mmg asik lapo jerr...
ReplyDeleteSangat suka cucur, sedappp!!!
ReplyDeletedtg menjamu mata..wah camtu cr buatnyer
ReplyDeletesedapnya... ^_^ suka cucur udang...
ReplyDeleteperghhhhhhhhhhhhhhh terus mak rasa laporrrrrrrrrr hehehe
ReplyDeletebest buat mkn petang :-)
ReplyDeleteSedapnya.. Terlioq sangat M tengok..M suka mkn pasemboq..
ReplyDeleteSedapnya..
ReplyDeleteCucur udang akan menjadi sedap bila kuahnya sedap kan? :D
aduhai..terliur!
ReplyDeletetak pernah try buat sendiri. nak beli pun mcm jarang jumpa.
sukenya kak.. thanks ye
ReplyDelete