Tuesday 30 October 2012

Rendang Daging Korban


Assalamualaikum dan salam Aidil Adha kepada semua rakan2 di alam maya ini.
Bersiaran kembali dan en3 pertama selepas raya....rendang daging korban.

Masa perjalanan pulang dari kampung singgah beli lemang di Gemenceh N9.Beli 2 batang aje pun,cukuplah untuk makan kami bertiga.Kebetulan ada daging korban buatlah sedikit rendang untuk di makan dengan lemang ni.


Rendang Daging Korban
Resepi/Oleh :Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo daging-potong & bersihkan
  • Santan-secukupnya
  • 1 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • 5 helai daun limau purut-hiris
  • Garam & gula-secukup rasa
  • Minyak-utk menumis
Bahan kisar:
  • 10 biji cili merah
  • 15 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1sm halia
  • 1sm kunyit hidup
  • 1 sm lengkuas
  • 6 batang serai
Cara-cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan biarkan sebentar hingga daging kecut dan airnya sedikit kering.
  3. Masukkan santan,daun limau purut dan asam gelugur.Masak hingga kuah pekat.
  4. Masukkan kerisik serta garam dan gula.Masak hingga kuah kering.
  5. Angkat dan hidangkan.   

Kalau Anda Suka Entry Ini Like dan Comment

6 ulasan:

Abang Karu said...

sedap2....ada lg tak :)

Nur Nainis said...

Waa sedapnya..tapi tahun ni tak dapat daging banyak daging korban..

sekadar satu coretan said...

ada jugak dpt daging korban tp lum buat ape2 lagi..keras kejung dalam petiais tuu

Tie HT said...

as salam

ni mesti cedap ni kan..tetibe rindu lemang..saya asik goreng je dgg...esok nak buat sup tulang plak..insya Allah :)

Fatindn_ said...

kecur air liur tengok rendang tu ..

Ros said...

Assalamualaikum Norzie,

EEemmm....sedapnya Norzie..terima ya kasih kongsi resepi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...