Monday, 1 October 2012

Nasi Lemak Sambal Sotong


Assalamualaikum.
MIL kalau buat nasi lemak siap di bungkus dengan daun pisang....macam orang berniaga tu.Sedapkan nasi lemak daun pisang,kalau bungkus yang kecil2 tu sis boleh makan 2 bungkus tau....lepas tu tak payah makan tengah hari lagi.
Biasanya kalau ada sotong kembang memang sis rajin sangat buat nasi lemak.Kalau nak tengok resepi sambal sotong kembang di SINI ye.Nasi lemak ni sedap juga di makan bersama sambal ikan bilis,rendang kerang dan sebagainya.
Sis kalau masak nasi lemak memang tak guna banyak bahan...mudah aje.Jom kita tengok resepinya.



Nasi Lemak Sambal Sotong
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 3 cawan beras basmathi (saya guna Kashmir Faiza basmathi)
  • 4 cawan santan
  • 1 batang serai-diketuk
  • 1 biji bawang besar-di hiris
  • 1 inci halia- di hiris
  • 1 helai daun pandan-simpul
  • Garam secukupnya
Bahan Sampingan:
  • Ikan bilis-di goreng
  • Timun-di potong
  • Kacang tanah-di goreng
  • Telur- di rebus
Caranya:
  1. Beras basmathi basuh dan di rendam selama 20 minit dan toskan.
  2. Masukkan beras dan semua bahan-bahan ke dalam rice cooker dan masak seperti masak nasi biasa.
  3. Bila nasi sudah masak,gemburkan perlahan-lahan supaya nasi ini tidak hancur.
  4. Angkat dan hidangkan bersama sambal dan bahan2 sampingan.  

14 comments:

  1. Salam Norzie,

    Terliur sudah akak tengok nasi lemak sambal sotong Nozie..

    Hulur sepinggan utk akak.. akak belum sarapan lagi ni :D

    ReplyDelete
  2. Kakak ni Norzie kalau nak makan nasi lemak memang beli aje. Tengok Norzie punya nasi lemak buat perut kakak yg lapar bertambah lapar..

    ReplyDelete
  3. wah disini ada nasi lemak lah ada sambal sotong lagi tu mmg fav akak ni sotong Norzie bak sepinggan nak rasa heee

    ReplyDelete
  4. Hai, kalau ada masa, jemputlah join segmen saya ^^

    http://everlasting-frend.blogspot.com/2012/09/segmen-idola-kegemaran.html

    ReplyDelete
  5. sedapnye~ lama tak masak nasi lemak!

    ReplyDelete
  6. salam norzie...
    tak sampai hati nak panggil kak sbb sy pun dah berumur juga.. hehe.. takut tersilap pulak...

    apa2pun.. nasi lemak tu sgt menggamit selera... lama tak masak utk keluarga...

    ReplyDelete
  7. Kalau dah ada sambal sotong memang boleh makan 2 pinggan ni Nor... memang sedap nasi lemak kalau bungkus daun pisang, aromanya tu yang membangkitkan selera ye...

    ReplyDelete
  8. ita syor kan akak bukak kedai makan lah...

    sedap2 belaka...

    ReplyDelete
  9. sedapnya sis..zila suka mkn nasi lemak n sambal tumis letak sambal tu byk2..biar berapi mulut..aaiishsh kecuurr

    ReplyDelete
  10. nasi lemak sambal sotong memang sedap..kalau yang kering punya lagi umphhhh

    ReplyDelete
  11. sedapnya nasi lemak.. saya biasa letak bawang merah..

    ReplyDelete
  12. spesial betul..mcm wat jual..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.