Sunday, 30 September 2012

Sambal Sotong Berserai


Assalamualaikum semua.
Bertemu lagi kita dengan en3 masakan yang ringkas dan mudah...sambal sotong berserai.Sambal sotong ni memang sedap makan dengan nasi panas2,ada sejenis sayur dan ikan goreng dah cukup tak payah lauk lain lagi.Sis memang jarang dan tak rajin nak masak macam2 menu sampai penuh satu meja....pertamanya yang nak makan cuma kami bertiga aje.Kadang2 tu makan tengah hari kat rumah bila malam hubby ajak makan kat luar.Yang penting jangan membazirkan.
Okay....sis sertakan resepinya di sini ye.  

Sambal Sotong Berserai
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 kilo sotong-bersihkan & tos airnya
  • 1 batang serai-di ketuk
  • Air asam jawa-secukupnya
  • Garam dan gula-secukup rasa
  • Minyak-untuk menumis 

Bahan kisar:
  • 50gm cili kering-rebus dulu
  • 3 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan

Caranya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar dan serai hingga naik minyak.
  2. Masukkan sotong kacau sebentar.Masukkan juga air asam jawa dan kacau rata.
  3. Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Masak hingga sambal pekat kalau suka boleh di tambah hirisan bawang besar.
  5. Angkat dan hidangkan.

13 comments:

  1. wah..bestnye. xpernah lg masak stong dgn serai tu.

    ReplyDelete
  2. nyummy nymummy...mengiurkan..mengoda...

    ReplyDelete
  3. assalam norzie..sambal sotong..sambal udang..memang kegemaran seisi rumah acik..terima kasih resepi..boleh acik cuba untuk kelainan nanti

    ReplyDelete
  4. sedapnya sotong, lama dah tak beli sotong :)

    ReplyDelete
  5. alamak!!..sotong mmg faberet saya nie, nak try jygak la nanti..

    ReplyDelete
  6. alamak!!..sotong mmg faberet saya nie, nak try jygak la nanti..

    ReplyDelete
  7. Wow, sedapnya tgk kat sini...nak sikit...

    ReplyDelete
  8. sedapnya..selama ni tak pernah letak serai

    ReplyDelete
  9. Kak!! sedapnya...
    Dah le lama tak makan sambal sotong ;)

    ReplyDelete
  10. bestnya.. dah lama xmkn sambal sotong..

    ReplyDelete
  11. bestnya.. dah lama xmkn sambal sotong..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.