Saturday, 29 September 2012

Pecal Jawa


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Pecal atau gado-gado....masakan jawa.Orang jawa kalau buat pecal memang sedapkan.Kalau buat pecal mesti ada cekur dan pucuk ubi...yang lain tu kira sampingan aje.Bau wangi cekur tu kan buat kita asyik nak pergi dapur aje dan makan berulang-ulang.
Ulam dan sayur yang di celur ni mmg baik untuk kesihatan dan awek muda jadi jangan bimbang kalau makan banyak pun.


Ulam atau sayur2 ni kita satukan dalam piring dan siram kuah di atasnya....gaul2 dan makan macam tu aje tanpa nasi.Makan dgn dengan nasi pun boleh juga...terpulanglah cara masing2.Masa sis pergi rumah sepupu kat Sekinchan dia ada hidang dengan bihun celur...itu pun sedap juga.Masa zaman sis kecil arwah ayahanda ada beli...di bungkus dalam daun pisang bersama nasi impit....itu pun sedap juga.
Resepi yang sis buat ni memang style orang jawa....resepi dari majalah mingguan wanita cuma sayur2 tu sis olah sikit.Kalau ikut resepi asalnya ada nangka muda,jantung pisang celur dan betik muda. 
Jom kita berkongsi resepi...selamat mencuba. 


Pecal Jawa
Oleh:Norzie hany
Sumber:Mingguan Wanita 2006

Bahan Untuk Kuah:
  • 500gm kacang tanah
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 5 biji cili padi
  • 10 tangkai cili kering
  • 1 inci belacan
  • Ubi cekur (tidak perlu di goreng)
  • Gula,garam dan asam jawa secukupnya

Bahan Untuk Sayuran:
  • 1 cekak pucuk ubi-di celur dan potong
  • 100gm tauge-buang ekor dan celur
  • Kacang panjang-potong dan celur (sis tak letak)
  • Kangkung-potong dan celur(sis tak letak)
  • Timun-sagat
  • Sengkuang-sagat
  • Tempe-goreng
  • Tauhu-goreng

Cara membuat kuahnya:
  1. Kesemua bahan2 di goreng berasingan dan di tumbuk.
  2. Bancuh dengan air panas dan pastikan bancuhan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.
  3. Letak bahan yang di celur dan di sagat tadi di dalam satu bekas
  4. Semasa hendak makan barulah siram kuah di atasnya 


8 comments:

  1. Salam Norzie, akak selalu beli aje kuah pecal ni....tapi teringin gak nak buat sendiri.

    ReplyDelete
  2. saya kalau blk tg.karang mesti cari pecal, pecal sana sedap sungguh..tetiba windu :)

    ReplyDelete
  3. akak suka ni meratah je kan kalau dh kenyang tak yah makan nasi lagi ni ..

    ReplyDelete
  4. mmg dah lama tak makan pecal...sedap laa kan..

    ReplyDelete
  5. Assalam Norzie..acik suka makan pecal ni tapi selalunya acik tak buat sendiri kuahnya..beli yang dah siap je

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.