Monday, 15 October 2012

Kuih Cara Warisan


Assalamualaikum dan salam ceria.
Kuih cara manis...kuih kegemaran kanak-kanak,biasalah anak2 memang suka makanan yang manis2.Sis boleh habiskan seketul aje selebihnya si bongsu yang dok ulang makan.Gara2 tergoda dengan kuih cara yang Shahriah buat pada bulan Ramadhan tempoh hari...nampak mcm sedap sgt kuih cara Sha tu.
Resepi asal milik kak Nannie dan sis CnP dari blog CMG.Terima kasih banyak2 kepada penyumbang resepi ini.Kepada penggemar kuih-muih yang manis2 bolehlah mencuba resepi kuih cara warisan yang enak ini.



Kuih Cara Warisan
Oleh:Norzie hany
Sumber:DTS@Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
  • 2 biji telur
  • 3 helai daun pandan
  • Beberapa titik pewarna hijau
  • Gula pasir secukupnya, sebagai inti
  • Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
  • Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk minum petang.... Selamat mencuba..

20 comments:

  1. salam Norzie..kat uamh atie klu buat kuih cara guna acuan org dulu2 yg bentuk bahulu cermai tu.Tu pon Arwah mak yg kasi...

    ReplyDelete
  2. ini adalah kueh kegemaran saya neh! huhuhuhu

    ReplyDelete
  3. as salam,

    wahh kuih ni kalo makan ramai2 berebut tau :)

    ReplyDelete
  4. Erm...sedap di makan petang2 cam gini...

    ReplyDelete
  5. akk suka ni, perghhhhh...layannnn

    ReplyDelete
  6. apa name kuih nie yew?? :)
    macam sedap..pos 1 boleh??hehe, *ngade2* XD

    ReplyDelete
  7. salam..mama suka makan tapi tak tahu buat kuih ni..thanks share resepi..nanti mama try buat sendiri..

    ReplyDelete
  8. salam kenal sis..kuih cara ni kegemaran suami kak zu..tapi dah lama tak buat..

    ReplyDelete
  9. wah kak, makin rancak akak buat kuih2 tradisional ye..

    ReplyDelete
  10. salah satu kuih lama yg jd feberet sy he he terutama nk sarapan pg
    memang sedappp
    cantiklah sis punya btk bunga

    ReplyDelete
  11. saya pun suka makan kuih cara ni kak..tapi nak membuatnya..alahai..sungguh malas..

    ReplyDelete
  12. sedap utk minum petang bersama teh o panas2...

    ReplyDelete
  13. sedapnya kak zie...nak plak musim hujan skang...

    ReplyDelete
  14. sy suka kuih ni.. byk nye resipe dr sini.

    ReplyDelete
  15. Kakak suka kalau masa hangat-hangat sebab kalau panas gula dlm tu tak boleh tahan...

    ReplyDelete
  16. saya suka tapi acuan dia dah melekat.....laa sekarang..

    ReplyDelete
  17. Selalu acuan kuih cara bentuk bujur tu, ni bentuk bintang, cantik :D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.