Sunday, 14 October 2012

Kari Kepala Ikan Ala India


Assalamualaikum dan Selamat berhujung minggu semua.
Kari kepala ikan ala India ngko....tak kisah kalau korang nak tukar kepala ikan ape2 aje,jangan kepala ikan selar kuning sudah.Masa arwah ayahanda ada dulu hari2 bonda masak lauk kari....sedap air tangan bonda.Ingat lagi setiap kali nak masak kari mesti bonda giling rempahnya....kari rempah giling sedap sgt2.
Baki kuah kari ni sedap buat cicah lempengkan.
Okay...selamat mencuba ya.



Kari Kepala Ikan Ala India
Oleh:Norzie hany

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • Kepala ikan tenggiri-belah 2 & bersihkan 
  • 3 batang kacang bendi
  • 3 camca besar rempah kari ikan babas
  • 1 camca kecil serbuk kunyit
  • 1 biji bawang merah-hiris
  • 2 ulas bawang putih- hiris
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 camca teh halba campur
  • Sedikit jus asam jawa
  • 1 cawan santan
  • 500ml air.
  • Cili merah & cili hijau-belah 2
  • Garam dan gula-secukup rasa
  • Sedikit minyak-untuk menumis
Bahan kisar
  • 7 tangkai cili kering 
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sm halia

Cara-cara:

  1. Satukan bahan kisar bersama serbuk kari dan serbuk kunyit-jadikan pes
  2. Panaskan minyak,tumis bawang merah,bawang putih hiris, halba campur dan daun kari hingga wangi. Masukkan pes rempah dan tumis hingga terbit minyak. 
  3. Masukkan santan dan air kacau hingga sebati dan biar sampai mendidih, masukkan ikan,kacang bendi dan jus asam jawa.Perasakan dengan garam dan gula.
  4. Bila ikan sudah masak,masukkan cili merah dan cili hijau yang telah di belah dua. 
  5. Biarkan mendidih sebentar dan bolehlah di angkat.

13 comments:

  1. perghh best nye kepala tenggiri buat kari..liked :)

    ReplyDelete
  2. sodapnya....yg akan hilang dulu bendi la kalau saya.

    ReplyDelete
  3. whaduh ini enak banget kak haha :D lama gak main ke sini banyak resep yang ketinggalan nih huhu :D

    ReplyDelete
  4. fuyooooo.....

    tu je yg mampu berkata

    ReplyDelete
  5. emmm sedapnya kak...terliur saya..

    ReplyDelete
  6. Amy suka letak bendir byk2 ... bendir habis dulu ikan tak luak pun hihihi

    ReplyDelete
  7. assalam sis
    wah sedapnya kari, mula2 sy akan habiskan bendi tu he he
    kalau mkn nasi lauk kari sy akan tambah kicap emmm habis sepinggan he he

    ReplyDelete
  8. assalam sis
    wah sedapnya kari, mula2 sy akan habiskan bendi tu he he
    kalau mkn nasi lauk kari sy akan tambah kicap emmm habis sepinggan he he

    ReplyDelete
  9. Baru beberapa minit tadi makan kari ikan tenggiri dengan kacang bendi... kari mamak! Ni tengok di sini ada kepala ikan pulak...lapar balik!

    ReplyDelete
  10. sangat menggoda kari ikan akak tu..sedapnyaaaaaaaaa..

    ReplyDelete
  11. MAKK AIHHH MENGUGAT IMAN.... NO MATTER WHAT KARI IS MY PEBERET

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.