Saturday, 13 October 2012

Ikan Siakap Kukus Serai


Assalamualaikum dan salam ceria semua.
Ikan Siakap Kukus Serai....sesekali makan ikan kukus atau stim ni sedap juga.Kebetulan pulak tuan rumah dok batuk2 dan sakit tekak memang sesuai sangat la makan cara kukus begini.Bagus juga untuk sesiapa yang sedang mengamalkan penurunan berat badan/diet.
Sesiapa yang nak cuba...sis sertakan resepinya di sini ye.





Ikan Siakap Kukus Serai
Oleh:Norzie hany

Bahan-Bahan: 
  • 1 ekor ikan siakap atau kerapu [bersihkan dan kelar] 
Bahan Hiris 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 ulas bawang merah 
  • 3 batang serai 
  • 5 tangkai cili api 
  • sedikit garam [jika perlu] 
  • 1 s/b sos nampla [sos ikan] 
hiasan 
  • Daun ketumbar/daun sup [potong kecil] 
  • Hirisan carrot 
  • Jus limau kasturi 
Cara: 
1. Sediakan bekas utk mengukus. 
2. Bersihkan ikan dan letak kan ke atas manguk kaca [tahan panas]. 
3. Taburkan bahan yang telah d hiris ke atas ikan tadi. 
4. Taburkan sos nampla dan sedikit garam [jika perlu]. 
5. Letakkan ikan yg telah disediakan tadi ke dalam pengukus. 
6. Masak/biar kan ikan dalam pengkukus dengan api yg sederhana selama 30 minit. 
7. Bila dah masak, taburkan bahan hiasan dan jusnlimau. 
8. Hidangkan dengan nasi putih

11 comments:

  1. sedapnye kak...warna warni ikannya ni..

    ReplyDelete
  2. Allah... Sedapnya...

    Moga Allah kasih.

    ReplyDelete
  3. bestnye sis...my peberet ni cuma js slalu wat stim je...xpernah plak kukus...hurmmm..tak hanyir ke?..

    ReplyDelete
  4. kalau steam ni serai dgn halia mmg wajib ada kan ..sedap nye lahai :)

    ReplyDelete
  5. Ikan siakap ni kalau masak apa pun memang sedap dan membuka selera..Nyummm...

    ReplyDelete
  6. Mohon mintak izin amik resepi ni... ;) Nak try buat.

    ReplyDelete
  7. Khalilah...silakan dik.Tujuannya pun utk berkongsi.

    ReplyDelete
  8. sedapnya. bolehlah kalau Hanna nak try ni. tapi tak tau la rasa dia sedap ke tak macam awak buat. heheh

    ReplyDelete
  9. lapaq!!!!!!! HEHE.. L dah beli lauk dah pun.. tggu nk ngap je nih..

    ReplyDelete
  10. nice resepi kak...boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  11. Lama tak makan ikan kukus camni, kena cari ikan la:D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.