Wednesday, 3 October 2012

Jemput-jemput Udang Jeragau


Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Masa untuk minum petang.Bila musim udang jeragau baru dapat merasa jemput2 udang jeragau.Tak tahulah sekarang ni musim udang jeragau ke tidak sebab bukan hari2 ada orang jual udang jeragau ni.Apa ke nasib agaknya masa sis lalu kat pantai Klebang baru2 ni ternampak ada orang jual udang jeragau ni di tepi jalan.Sis beli selonggok,murah aje cuma rm5.Hubby cakap belacan Melaka di buat dari udang jeragau.Kalau korang datang Melaka jangan lupa beli belacan ye,aik dah promot belacan pulak.
Jom...makan jemput2 udang jeragau dengan tea o panas. 


Jemput-jemput Udang Jeragau  
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 2 1/2  cawan tepung gandum
  • 1 cawan udang jeragau-di bersihkan
  • 1 biji bawang besar-hiris
  • 2 sudu makan cili kisar
  • 1/2 tsp soda bikarbonat
  • 400ml air suam
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menggoreng

Caranya:

  1. Satukan tepung gandum,bawang besar hiris,cili kisar,soda bikarbonat dan garam.
  2. Masukkan air suam dan gaul hingga sebati.
  3. Masukkan udang jeragau dan gaul rata.
  4. Panaskan minyak,jemputkan adunan ke dalam kuali dan goreng hingga kuning keperangan.
  5. Angkat dan hidangkan.   


7 comments:

  1. Saya pun suka tgok org2 jual geragau kat pantai klebang. Mak mertua tak pernah ajar mkn udang ni. Sis dah bg resepi mcm ni t boleh la try..

    ReplyDelete
  2. ya Allah,terliur ! rindu masakan makk. huwaa :(

    ReplyDelete
  3. nak kena cari jugak udang ni mesti sedap cicah kuah kacang mana nak cari ni??

    ReplyDelete
  4. dah lama ita tak masak jemput...

    ReplyDelete
  5. kita suka..best3x..tp kt sini susah btl nk dpt udg geragau..slal g pasar x jumpa:)

    ReplyDelete
  6. udang jeragau tu camne kak..tak tau la..huhu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.