Wednesday, 3 October 2012

Masak Lemak Udang Dengan Timun

Assalamualaikum semua.
Masak Lemak Udang Dengan Timun....Sape pernah makan?



Masak Lemak Udang Dengan Timun 
Oleh:Norzie hany
Bahan-bahannya:
  • 1/2 kilo udang-di bersihkan
  • 1 biji timun-buang biji & di potong
  • 250ml santan pekat
  • 500ml santan cair
  • 1 keping asam gelugur
  • 2 batang serai- di ketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
Bahan kisar:
  • 15 tangkai cili padi (boleh tambah/kurangkan)
  • 5 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
Cara memasak:
  1. Santan cair,timun,serai,asam gelugur dan bahan kisar di satukan dalam kuali/periuk.Kacau perlahan-lahan hingga mendidih.
  2. Masukkan udang dan kacau lagi hingga udang masak.
  3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula.Kacau lebih kurang 3 minit dan bolehlah di angkat.

9 comments:

  1. FuhhH!! Masak lemak udang ni my peberet dulu, kini dan selamanya ;D

    ReplyDelete
  2. lum pernah makan... tapi gerenti sodap nih!

    ReplyDelete
  3. apa2 yang masak lemak akak suka...tapi jarang buat sebab anak tak suker hu hu

    ReplyDelete
  4. salam norzie.Nampak sedap tu tp atie xpernah masak udang ngan timun.Leh try gak ni....

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan.. tapi nampak sgt sedap~

    ReplyDelete
  6. Kalau dah terhidang depan mata apa lagi Norzie terus ngaplah kan..

    ReplyDelete
  7. kuah lemak pekat tu mesti sedap ni..

    ReplyDelete
  8. saya baru buat masak lemak udang semalam..oo..boleh isi timun gak ye..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.