Wednesday 10 October 2012

Bahulu Lapis


Assalamualaikum dan selamat malam semua.
Jarang sis buat post entry malam2 begini,tapi malam ni tiba-tiba rasa nak buat en3 sebelum tidur.Berkongsi pasal tajuk en3....bahulu lapis.Masa selongkar blog DayangJack@Dapurku sayang sis terjumpa resepi bahulu lapis ni....check stok bahan2 yang di gunakan.Semuanya ada....jem buah-buahan campuran satu botol belum berusik dalam peti ais.Kat rumah sis kalau makan roti jarang sekali guna jem....lebih suka makan roti dengan kaya.
Untuk buat bahulu ni bahan2 yang di gunakan pun tak banyak.
Bila siap cepat2 sis snap gambar.
Makan pulak masa panas2....masa tu jugak habis,sis sempat merasa sepotong aje.Kalau nak tahu setiap kali pergi pasaraya sis mesti rembat kek apollo sepeket dua....bila makan bahulu lapis ni memang teringat kek apollo tu.Hampir2 sama rasa dan gebunya.
Okay,sekian sahaja dan jumpa lagi...bye.




Bahulu Lapis
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahan :

  • 100 g tepung gandum (diayak)
  • 90 g gula pasir (dikisar halus)
  • 1/2 sk baking powder
  • 3 biji telur A (pd suhu bilik)
  • 1 sk esen vanilla
  • jem secukupnya untuk melapis
Cara-cara :

  1. Sediakan loyang yg bersesuaian (nak guna loyang bulat pun boleh). Lengserkan dgn mentega dan alaskan dgn kertas minyak. Lengserkan lagi dgn mentega pd kertas minyak dan taburkan sedikit tepung. Panaskan suhu oven pada suhu 180C.
  2. Satukan gula dan telur di dalam mangkuk adunan. Putar hingga kembang. (high speed).
  3. Masukkan esen vanilla* dan baking powder. Putar lagi hingga kembang dan gebu.
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau dgn senduk kayu. Gunakan kaedah kaup balik.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 20 minit atau sehingga perang menyeluruh.
  6. Setelah masak, keluarkan bahulu dari oven.
  7. Potong kepada beberapa bahagian dan lapiskan dgn jem yg disukai.

10 comments:

  1. wslm ...selamat malam sis
    dtg malam2 jg bila nampak baulu lapis ni
    sedapnya,ada jem buat bertambah sedap baulu ni kan

    ReplyDelete
  2. akak.......feveret saya ni..saya pernah beli kak..mmg sedap..

    ReplyDelete
  3. assalam..

    rajinnyer buat bahulu... anak2 sy suka mkn bahulu.. sy je yg malas nak menggodek.. hee..

    ReplyDelete
  4. bolehlah saya cuba buat nanti..

    ReplyDelete
  5. saya bese makan yang gulung..same je kan..best ni mkn di raya haji :)

    ReplyDelete
  6. kak..kaedah kaup balik tu apa ek?utk apa tu?

    ReplyDelete
  7. eh eh~ tak de lah banyak sgt bahan2 nak buat bahulu ek~

    ReplyDelete
  8. A'a macam kek lapis Apollo je :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.