Saturday, 15 September 2012

Popia Basah


Assalamualaikum semua.
Kuih kegemaran sis....popia basah.Tercapai juga hajat nak buat sendiri....guna resepi dan cara sendiri. 
Jom....minum petang sama2.

Kulit popia,inti,sambal sos,bahan sampinga(telur dadar,kacang tanah tumbuk,bawang goreng) 





Popia Basah

Oleh:Norzie hany


Bahan-bahan untuk kulit:

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji putih telur
  • 2 1/2 cawan air
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar minyak
  • Sedikit garam
Cara penyediaan:
  1. Satukan semua bahan2,blend supaya tidak bergentel.
  2. Perap adunan selama 1 jam.
  3.  Kemudian, ambil non stick pan dan panaskan dengan menggunakan api sederhana.
  4.  Ambil adunan tepung tadi dan layangkan bentuk bulatan pada kuali seperti buat kuih ketayap.
  5.  Biar hingga tepung masak dan angkat, tidak perlu diterbalikkan.
  6. Boleh di susun berlapis-lapis di dalam pinggan



Bahan-bahan inti:

  • 1 btg carrot ~ disagat/hiris halus
  • 1 mangkuk kobis yg telah dihiris halus
  • 1 biji sengkuang- di sagat/hiris halus
  • 1 biji bwg besar ~ mayang
  • 2 sudu besar udang kering dikisar
  • 3 batang daun bawang-hiris nipis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam dan gula secukupnya.



Cara penyediaan:

  1. Tumis bawang besar dan udang kering hingga layu.
  2. Masukkan carrot,sengkuang,dan kobis dan kacau hingga layu.
  3. Masukkan sos tiram,daun bawang dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Bahan-bahan untuk sos:
  • 100gm cili kering-kisar
  • 2 biji bawang besar-kisar
  • 4 ulas bawang putih-kisar
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1 sudi besar tepung jagung-bancuh dengan sedikit air.
  • Sedikit cuka dan garam
Cara membuat sos:
  1. Panaskan periuk dengan api perlahan.
  2. Masukkan bahan yang telah di kisar bersama gula,garam dan cuka dan sedikit air.
  3. Masukkan juga bancuhan tepung jagung utk memekatkan sos ini.
  4. Kacau hingga pekat dan bolehlah di angkat.
Bahan sampingan:
  • 2 biji telur-buat dadar nipis dan potong halus 
  • Kacang tanah ~ disangai, buang kulit dan ditumbuk.
  • Bawang goreng.
Cara penyediaan:
  1. Bentangkan kulit popia di permukaan yang rata.
  2. Sapukan sos di permukaan kulit popia hingga rata.
  3. Taburkan kacang tanah,bawang goreng,telur yang di hiris dan seterusnya masukkan sedikit inti.
  4. Gulung kemas dan sedia untuk di hidangkan.

13 comments:

  1. as-salam sis..
    salam kenal kembali ya..
    nampak sedap popia tu..i x pernah buat lagi..

    ReplyDelete
  2. saya ske tp jarang2 dpt makan sbb selalu beli je..huhi..nice la :)

    ReplyDelete
  3. zila mmg rajin beli popia nie kt pasar mlm..kecik jew ..mmg tringin nk wt sendiri tau..sedappnya sis:)

    ReplyDelete
  4. sis sedapnye popia tu...wat mai la sikit kt umah js...hihi

    ReplyDelete
  5. wahhh! bole belajar nie...good2...salam kenal!

    ReplyDelete
  6. pernah makan dan sedap api tak pernah buat mak copy resepi Norzie akak pun nak buat sndiri jugak nnt bila dtg mood R..

    ReplyDelete
  7. asben kakain mmg suka popia basah ni..boleh ler try nnt...lagi jimat dan puas makannya tuu...

    ReplyDelete
  8. alahai sewdapnyerr..pebret sy ni, tp belum pernah buat sendiri..

    ReplyDelete
  9. sedap popia basah...wani klu g pasar malam selalu beli popia basah ni eheeee

    ReplyDelete
  10. Kalau popia grg proses wat popia camni gak ka..

    ReplyDelete
  11. mmm...dappp..huaa feveret nih..hee..blog walking here..singgah ler blog sy gak kat http://precioushandsatelier.blogspot.com/ tgk bunga2 cantik mekar dlm cara berbeza ssuai utk deko umah anda..

    ReplyDelete
  12. ooo mcm ni cara buat dia... lnkali nk try la..

    ReplyDelete
  13. saya suka popia basah tp asyik duk beli jer kat pasar malam..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.