Saturday 15 September 2012

Sambal Tempe Sajian Istimewa Shahriah Abdullah


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Sekejap aje masa berlalu,semakin hampir kita ke penghujung Syawal.Terus kepada tajuk en3 kali ini....sambal tempe resepi dari buku masakan novelis Shahriah Abdullah.Sebelum ni sis selalu juga masak sambal tempe ni tapi tak letak lengkuas.
Resepi sambal tempe yang sis masak kali ni 100% ikut resepi dalam buku resepi Shahriah,hasilnya memang sedap sangat....hubby akak pun cakap sedap.Memang akak tahu orang sebelah Johor sana memang teror masak sambal goreng jawa atau sambal tempe ni. 

 Inilah dia buku resepi  Sajian Istimewa Shahriah Abdullah.Terdapat lebih 70 masakan yang di sajikan.Keunikan yang ada pada setiap resepinya ialah menu tersebut merupakan resepi turun-temurun ahli keluarganya.
Kepada anda semua di luar sana yang belum lagi memiliki buku masakan ini bolehlah dapatkan segera di pasaran sekarang.Setiap menu yang di hasilkan oleh penulis sangat mudah dan ringkas,bahan-bahan yang digunakan pun senang dan mudah di dapati.


Sedap tau....
Terima kasih dan minta di halalkan resepi ni ye Sha,sis mohon share di blog ni untuk rujukkan sendiri dan teman2 yang lain.


Sambal Tempe
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 2 keping tempe-dipotong kecil & goreng
  • 100gm kacang tanah-di goreng
  • 100gm ikan bilis-di goreng
  • 1 sudu besar air asam jawa
  • Gula dan garam secukup rasa
  • Minyak secukupnya
Bahan kisar:
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 sm lengkuas
  • 10gm cili kering
  • 1/2 sm belacan
Cara Membuatnya:
  1. Tumis bahan kisar hingga terbit bau dan garing
  2. Masukkan air asam jawa,gula dan garam.Kacau sekejap
  3. Masukkan tempe,kacang tanah dan ikan bilis.Kacau rata dan biarkan sambal menjadi pekat.


7 comments:

  1. Sambal tempe my feveret..makan plak ngan nasi panas lembik-lembik pergghh! tak pandang belakang dah hehehhehe...

    ReplyDelete
  2. sedapnya akak je yg belum dpt buku resepi dari Sha ni pasti sedap kan masak Mc kita kan Norzie

    ReplyDelete
  3. dapnye tp saya kena stop makan tempe :)

    ReplyDelete
  4. lama x mkn tempe sis..goreng cicah sambal kicap waallaa sedap jgk..sambal tempe mmg kita suka:)

    ReplyDelete
  5. Terliur tengok...boleh cuba nanti..

    ReplyDelete
  6. sambal tempe sangat sedappppp

    ReplyDelete
  7. mesti wangi kan bau sambal ni..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.