Sunday, 16 September 2012

Lontong / Nasi Impit Kuah Lodeh


Assalamualaikum dan selamat pagi kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di sini.
Lontong ni sis masak semalam,tapi baru hari ni sempat buat en3.Memang dah lama betul sis tak buat lontong ni,kalau nak makan selalu beli aje.Kebetulan anak sulung sis pulang bercuti  sehingga hari isnin ni....dalam kepala sis ni terfikir macam2 nak masak untuk dia.
Jom kita tengok resepinya....cara sis masak lontong mudah aje.




Lontong / Nasi Impit Kuah Lodeh
Oleh:Norzie hany

Nasi impit-secukupnya
Telur- di rebus

Bahan Untuk kuah lodeh:
Bahan2 A (kisar):
  • 2 biji bawang besar
  • 1 sm kunyit hidup
  • 1 sm lengkuas
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 sm halia
Bahan B:
  • 2 batang serai-ketuk
  • 2 batang kacang panjang-potong
  • 100gm kobis bulat-potong
  • 1 biji lobak merah-potong
  • 1 biji sengkuang sederhana besar-potong
  • 2 keping tempe-goreng & potong
  • 1 keping tauhu -goreng & potong
  • 1 keping fucuk-rendam
  • 1 paket kecil-suhun-rendam
  • 3 biji cili merah- di hiris
  • 1sb udang kering/ikan bilis-tumbuk
  • 500ml santan cair
  • Sedikit minyak-menumis.
Bahan C:
  • 1000ml santan pekat
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara membuat kuah lodeh:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik bau.
  2. Masukkan semua bahan B dan kacau sebentar hingga sayur layu sedikit.
  3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan perasakan dengan gula dan garam.Kacau hingga sebati dan kuah mendidih.
Cara penyediaan lontong:
  1. Masukkan nasi impit dalam mangkuk dan curahkan kuah lodeh di atasnya.
  2. Lontong sedap di makan bersama telur rebus,sambal tumis ikan bilis atau sambal kacang.

12 comments:

  1. rajinnya berlontong2 Norzie,akak selalu makan kat tempat opebhouse je haha sah sah malas kan aduiii

    ReplyDelete
  2. Salam Norzie,
    singgah dari Dapur Kak Yah...

    ReplyDelete
  3. aassalam Norzie..stengok gambar pun dah sedap ni..acik pun kalau buat tak pernah ada kuah lemak tu..nasi impit nagn kuah kacang je

    ReplyDelete
  4. Sedapnya... makan ramai2 ni tak sedar bermangkuk2 menambah!

    ReplyDelete
  5. baru ni saya dapat makan lontong kat rumah jiran..dia buh daun limau purut , wangi je, sedapp :)

    ReplyDelete
  6. Hidangan ni untuk berapa orang agaknya NH..

    ReplyDelete
  7. assalam K.Atie
    sedap tu kak, mak sy punya feberet he he raya hari tu ada jg buat sikit tp x sempat nk ambik gambar he he

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.