Monday 24 September 2012

Masak Lemak Putih Labu


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?...moga sihatlah hendaknya ye di samping tugas harian dan insan2 tersayang.
Tak ada apa yang menarik sangat di en3 kali ini cuma masakan kampung...masak lemak putih labu.Cara sis masak lemak labu ni memang ringkas sangat,main campak2 aje.Masak lemak ni sedap kalau di makan dengan ikan yang di goreng garing2 dan sambal belacan. 
 Sis sertakan resepi masak lemak putih labu di sini ye....kalau berminat bolehlah mencuba. 



Masak Lemak Putih Labu
Oleh:Norzie hany
  • 400gm labu- dipotong 
  • 100gm ikan bilis
  • 250ml santan pekat
  • 300ml santan cair
  • 1 labu bawang besar- dihiris
  • 2 ulas bawang putih- di hiris
  • 1 biji cili merah/hijau- di hiris
  • Sehelai daun kunyit - di carik
  • Garam dan gula secukup rasa.
Cara memasak:
  1. Satukan semua bahan-bahan di dalam periuk kecuali santan pekat. 
  2. Masak hingga labu empuk.
  3. Masukkan santan pekat dan perasakan dengan garam dan gula.
  4. Angkat dan bolehlah di hidangkan

15 comments:

  1. Wah!!..setiap kali datang mmg tidak menghampakan..sedap menu akk.. :)

    ReplyDelete
  2. huhuhuhu memang sedap! dan saya sangat suka makan macam neh!

    ReplyDelete
  3. hubby saya ske kuah putih cemni, saya ske yg letak kunyit..hehe :)

    ReplyDelete
  4. Salam, Kak Norzie. Kita jarang masak lemak labu macam ni tapi kantin office selalu masak & memang pantang nampak, mesti pilih!!!

    ReplyDelete
  5. betul tu... lawankan dgn ikan goreng dan sambal belacan.. puhhh memang marbeless...

    ReplyDelete
  6. Inih...makan ngan ikan masin perghhh...lawan ngan sambal belacan 2x perghhh, pas tu lwn kentut...

    ReplyDelete
  7. Ini kalau kena lawan ulam dan sambal belacan sepinggan pun tak cukup Norzie..

    ReplyDelete
  8. assalam norzie..acik suka sangat ni.masak lemak puti labu ni..acik campurkan dengan daun pucuk labu sekali..maksn dengan nasi panas2+sambal belaca+ikan goreng..uih tak terkata sedapnya

    ReplyDelete
  9. wahhhhhhhh...suke tau labu.....labu oh labu...:)

    ReplyDelete
  10. sy xpnh try lg msk gini.. rsnya mkn pun xpnh lg..

    ReplyDelete
  11. dh kawin ni lama betul saya tak makan lauk ni kak..dulu kt kg mak selalu buat..

    ReplyDelete
  12. Ellerinize sağlık. Çok güzel görünüyor.

    Saygılar...

    ReplyDelete
  13. jalan2 sini...lagi syok ni,ada masak lemak labu..ada ikan masin mmg rasa nak tambah je nasi tu kan..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.