Sunday, 23 September 2012

Cempedak Goreng Nestum


Assalamualaikum semua.
Sebenarnya ada cerita sikit mengenai cempedak goreng nestum ni.Hari jumaat baru2 ni sis pergi tesco dengan hubby....ternampak pulak buah cempedak,sis suruh la hubby pilih sebiji sementara sis pergi pilih buah-buahan yang lain.Bab pilih memilih buah yang tak nampak isi di dalam mmg sis percaya hubby lebih pandai dari sis.Sis pandang2 juga dari jauh yang hubby dok picit2 buah tu lepas tu cium2 baunya.Beli sebiji aje pun tapi agak besar juga buahnya.
Pagi semalam sis ingat nak buat sarapan maggie goreng dan nak goreng cempedak yang beli kat tesco tu.Bancuh tepung ikut dalam buku masakan Sajian Istimewa Shahriah Abdullah ,best buku resepi Sha ni...semua resepi dalam buku ni mudah di cuba dan sedap2 belaka.Masa sis tengah  buat adunan tepung ni hubby pulak muncul dan sis suruh dia tolong belah cempedak tu.Korang tahu tak....isi cempedak tu cuma ada 4 ulas aje lain semua jerami.Pandainya hubby ai pilih buah ye(ai tak marah pun cuma geram sikit aje)
Hubby ai cakap lain kali jangan bancuh tepung dulu....lepas tu kan dia kata,tak pe...kita balun maggie dulu lepas tu kita pergi cari cempedak.Lepas sarapan terus kami pergi kedai buah,banyak kedai buah yang kami singgah tapi tak ada jual cempedak...bukan musim cempedak sekarang.  
Cari lagi sampai Bukit Rambai tau....hubby cakap kalau tak ada juga kita patah balik dan pergi beli kat tesco.Dalam hati ai ni dah serik nak beli buah yang tak nampak isi kat pasaraya.Dalam perjalanan tu kan ternampak 2 biji buah cempedak bergantung kat kedai makan,sis suruh hubby pergi tanya dia jual tak buah tu.Sukanya hati bila tuan punya kedai makan tu kata memang cempedak tu untuk di jual.Sis suruh dia kopek sikit buah tu,nak tgk isi kat dalam...bukan tak percaya tapi takut pisang berbuah 2 kali.
Dapat sebiji cempedak yang beratnya 2kilo lebih dan isinya cukup rapat dan manis sgt2.Sampai rumah terus goreng.Time ni orang dah makan tengah hari tapi kami makan cempedak goreng nestum tau.  


Hubby ai cakap kalau buat berniaga mesti laku.Sedap sungguh resepi milik Shahriah ni.Kalau tiba musim cempedak nanti korang bolehlah cuba resepi ni ye.Sedap,rangup dan baunya pun wangi.Terima kasih Sha atas resepi ni...izinkan sis berkongsi resepinya di blog ni ye.
Cempedak Goreng Nestum
Oleh:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1 biji cempedak-ambil isinya
  • Minyak untuk menggoreng
  • 400gm tepung beras
  • 200gm nestum
  • 200ml air
  • Sedikit pewarna kuning
  • Garam & gula secukup rasa
Cara membuatnya:
  1. Campurkan tepung beras,nestum,air,garam dan gula.
  2. Masukkan sedikit pewarna kuning,kacau adunan hingga rata.
  3. Celupkan cempedak ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
  4. Angkat dan sedia di hidangkan. 

14 comments:

  1. sedapnyaaaaaaaaaaaa tadi baru duk sebut2 kata nak cempedak. nak cempedak! ang then terbaca lak entry neh! lagi laaa bertambah teringin!!

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaaaaaaaaaaa tadi baru duk sebut2 kata nak cempedak. nak cempedak! ang then terbaca lak entry neh! lagi laaa bertambah teringin!!

    ReplyDelete
  3. Salam.., bau wangi cempedak tu smapai sini. Akak & famili pulak kalau cempedak ni atau nangka suka makan mentah-mentah. Kalau goreng lagilah suka hik hik...tapi takpernah goreng guna nestum cam gini. mesti bau dia lagi ngancam dan lagi crispy kan?

    ReplyDelete
  4. aduh sedap nya cempedak kat sini skrg nitkde lah wangi sangat kalau gooreng cempedak ni serumah wangi kan

    ReplyDelete
  5. hmmmm..berganda harum ni kak..kalau ada cempdak mesti nak cuba juga..

    ReplyDelete
  6. hujan2 sedap makan goreng cempedak ni

    ReplyDelete
  7. sedapnya..terliur di malam hari.haha

    ReplyDelete
  8. assalam sis
    laparnya tgk cempedak sis ni he he sedapnya
    memang sedap bila makan cempedak goreng kan...yum yum makan mentah pun sodappp

    ReplyDelete
  9. oooo kalu ltk nestum sedap ek.. lnkali leh try...

    ReplyDelete
  10. nak try la nanti .. thank ye... dah terbau cempedak kat idung ni :)

    ReplyDelete
  11. alahaiiii.. cempedak goreng nih feberet saya.. sedapnye~ terbau2 cempedak goreng~

    ReplyDelete
  12. yg biasa pun dh sedap..kalau letak nestum lagi la sedap kan..

    ReplyDelete
  13. hihihi..ada cite disebalik resepi...nestum leh serap minyak nnt..eh..yeke?agk je ni... :)

    ReplyDelete
  14. I like this blog its a master peace ! .
    Welcome to my site [url=http://www.about-dogs.zoomshare.com/]www.about-dogs.zoomshare.com[/url].

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.