Tuesday, 10 July 2012

Sup Tulang Lembu

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang sudi berkunjung di sini.
Baru sempat bw sekejap tadi....tu pun ada lagi yang belum terjah.Maaf ye kawan2,kalau sempat malam ni sambung lagi bertandang kat rumah korang.
Hari ni en3 sup tulang lembu....sedap pada sape2 yang suka.Best hirup kuah sup yang panas2.
Makan dgn nasi putih dan lawan pulak sambal belacan...adehhh mmg dah tak nampak mak mentua lalu kat belakang.Sampai macam tu sekali kerrrr.
Buat sup ni mudah aje....kalau tak rajin bahan B tu boleh tukar pada punjut sup yang jual di kedai tu.


Sup Tulang Lembu.
Resepi :Norzie hany

Bahan:bahannya:
  • 1 kilo tulang lembu(di rebus bersama 2 liter air hingga empuk)
  • Daun saderi dan bawang goreng-hiasan

BahanA
  • 3 biji bawang merah-hiris nipis
  • 2 ulas bawang putih -hiris
  • 6 inci halia-hiris
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 6 biji bunga cengkih
  • Sedikit minyak
Bahan B

  • 1 1/2 sudu besar ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 inci kunyit hidup.
  • Garam dan sebuk perasa secukup rasa

Cara memasaknya:

1)Tumis bahan A hingga garing dan masukkan kedalam periuk rebusan tulang.

2)Masukkan semua bahan B dan tambah sedikit lagi air.
3)Akhir sekali taburkan daun sup/saderi dan bawang goreng.

23 comments:

  1. Tengah lapar ni.. apa2 sup semua sedap. Nak buat pun mudah.

    ReplyDelete
  2. sedap ni kalau makan panas-panas..:)

    ReplyDelete
  3. sis..bak sini semangkukkk nk hirup..sedapnyaa hihii..cuaca sejuk ni mmg best dpt hirup sup panas2..^^

    ReplyDelete
  4. Salam Norzie..klu kat umah atie masak sup tulang ni,nasi sepeyok yg dimsk mmg xcukup.Tambah2 ada anak2 blk..tambah selera mkn :D

    ReplyDelete
  5. Kakak suka makan dengan roti Norzie. Ada sambal kicap huiii... semangkuk mesti tak cukup.

    ReplyDelete
  6. waahhh.. menyelerakan.. ratah sup saja pon dh sedap kan~

    ReplyDelete
  7. wah!!! sedapnya, harus tambah2 nasi ni, hirup sup sampai kembung. kalau akak makan ngan sambal kicap, pehhh! dah rasa2 kat tekak ni ha..

    ReplyDelete
  8. saya kalo dapat sup mcm ni mesti nak makan dengan nasi impit sebab rasa mabeles sangat :)

    ReplyDelete
  9. bilalah nk pandai masak ni kan.. hehehe suami sya suka gak sup tulang ni tp sya x berapa minat.. :)

    ReplyDelete
  10. Erm..sedap tgok sup ni..mengugat selera sayer di tengahari ini..

    ReplyDelete
  11. Suka mkn daging msa raya hj.. Emm mkn daging sampai cirit hehe..
    Rebus cicah air asam je...
    Tapi raya hj lpas tgh mabuk pregnnt.. Tak lalu..rugi tk dpt mkn, skrg ni dok terbyg2.

    ReplyDelete
  12. sedapnya sup tulang..tunggu raya selalu mkn camne..sy bab2 merebus tulang tu yg malas nk nunggu..klu bab mkn laju jew ha hhaa:)

    ReplyDelete
  13. td g beli tulang 2, esok nk wat sup tulang jugakssss la nmpknye

    ReplyDelete
  14. sedapnya nak jgk..hehe..dear ayu follow sini ya ;-)

    ReplyDelete
  15. Dah lama tak makan sup tulang ni kalau akak buat sup mesti anak2 nak suruh rebus mee asyik jadi kuah mee je..

    ReplyDelete
  16. assalam norzie.acik pun suka sup tulang.sampai naik darah tinggi dan kolesterol..punya kerapnya makan

    ReplyDelete
  17. Akk teringat masa bujang dulu, curi2 keluar rumah dgn adik, nak mkn sup ekor...hehe..

    ReplyDelete
  18. Adeeeehhhhh... terliur! Lamanya tak hirup sup tulang! Sedap betul ni makan dengan mee hoon!

    ReplyDelete
  19. salam norzie

    yuhuuuu sup tulang ada lagi ke tu?...hehe
    sup tulang sup ayam semua jenis sup mmg fav akak..sedapppp hirup2 kuah dgn sambal cili padi..

    ReplyDelete
  20. saya mmg tkleh nk tgk foto sup tulang kt ats tuh...huwaa.... terliur lh.. jap g msti pekena ni.. gi bgkus kt kedai.. eheeee

    ReplyDelete
  21. sedapnya kak norzie....suka sup tulang..terbaik lahhh..tambah2 kalau masak dlm kawah...lagi ngencesss!! hehehhe

    ReplyDelete
  22. umah ni rajin gak buat sup tulang tp saya guna sup bunjut yg khas utk sup tulang tu je..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.