Wednesday, 11 July 2012

Apam Salju


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Bersua lagi kita di alam maya hari ini,semoga semuanya ceria2 hendaknya disamping tugas dan insan2 tersayang.
En3 kali ini ialah apam saljuuuu....sedap tau.
Sis memang suka makan apam...mmg tak pernah jemu,hari2 pun tak apa.Setiap kali masuk dapur rumah kawan2 yang terhidang kuih apam memang kecur air liur.Resepi kali ni sis ambil dari blog Yatie.Kalau sape2 nak cuba,bagi yang tak ramai rasanya cukup buat 1/2 adunan sahaja.Sis buat satu adunan mmg banyak juga dapat,tak sempat nak kira sbb sambil masak sambil ngap.
Kalau korang nak cuba sis sertakan resepinya di sini ye....tak lama lagi kita dah nak puasa,bolehlah korang buat untuk berbuka puasa.Kalau korang buat jangan lupa hantar kat rumah sis sepiring ye.
Sebelum terlupa sis nak ucapkan terima kasih kpd Yatie atas resepi apam salju yang lembut dan gebus ni.Mohon share di blog ni untuk tatapan sendiri dan rakan2 yang lain.

Apam Salju

Bahan-bahannya.
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 cwn tepung beras
  • 1 cwn brown sugar
  • 3/4 cwn gula pasir(dua2 gula pasir pun takpe)
  • 2 1/2 cwn air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dgn sedikit garam

Cara-cara

  1. Blend nasi dan air sehingga hancur(masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dlm bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 3 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain.
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama 15 minit..
  9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.

21 comments:

  1. wah mengepam pulak ye Norzie akak ni je belum lagi mengepam dah terasa kat mulut ni apam Norzie yg dah confem sedap sbb akak pun pencinta apam jugak cuma masa je belum ada lagi nk buat

    ReplyDelete
  2. Tak pernah try lg apam ni..t nak try la..mcam senang jer..

    ReplyDelete
  3. sedapnye.. kena plak cicah ngan kelapa.. huhuhu.. sedap!

    bertuah anak2 akak~ mamanye rajin masak..:)

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak apam tu.. teringin nak rasa :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya apam, berseri2, akak nak kelapa lebih ya, masin2 sikit sedap!!

    ReplyDelete
  6. sedapnyaa..boleh join sarapan kt sini lah..warna2 cinta tu pink2 lg..:)

    ReplyDelete
  7. alahai sedapnya teringat yang mak buat

    ReplyDelete
  8. nama apam tu terasa sejuk je di hati..kihkih...sedapnyeee

    ReplyDelete
  9. kunjungan balas
    salam kenal juga
    bestnya apam tu :-)

    ReplyDelete
  10. apam yang sememangnye sedap ni kak...mmg tak jemu makan..

    ReplyDelete
  11. Warna pink dan putih tu memikat kalbu norzie..

    ReplyDelete
  12. apam memng kesukaan sepanjang masa kan
    cantik apam sis, kena dgn kelapa parut memang best

    ReplyDelete
  13. dah lama saya tak buat apam ni kak...sedapnya!!!

    ReplyDelete
  14. mak saya suka makan apam ni..tp dia suka buh kelapa..cantik kaler apam ni :)

    ReplyDelete
  15. wkmsallam norzie..acik pun suka sangat makan apam..kalau apam memang ken buat sendiri

    ReplyDelete
  16. alahai..nmpk comey jer kak...

    ReplyDelete
  17. untungnya org rajin masak ni..macam-macam leh masak dn makan..:)

    ReplyDelete
  18. Hari tu tanya mak. Mak kata mmg campur nasi. Tak pernah buat tak tau. Ingat tepung je ;).

    ReplyDelete
  19. COMEL nye kuih ni...mst sedap...nak try ni...xape...nt sye try...tgk je :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.