Sunday, 3 June 2012

Bingka Labu Lemak Manis


Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur ku ini.
Semoga di hari minggu ini semuanya sihat2 belaka di samping keluarga tersayang.
Dari pagi sampai kepetang cuaca sangat2lah panas....dok rumah aje hari ni malas betul nak keluar.Letak satu jug tea o ais atas meja sekejap aje dah licin.Menu minum petang kami hari ini...Bingka labu lemak manis.Kebetulan masih ada baki labu dalam peti ais,pergi selongkar rumah Yatie@Sinar Kehidupanku cari resepi berkaitan labu.Kiranya ni first timelah sis buat bingka labu lemak manis,memang sedap dan lemak sekali.Kalau tak percaya korang cubalah resepi ni.Sesuai untuk sarapan pagi atau minum petang.Sis nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Yatie kerana sudi berkongsi resepi dan sis mohon share di blog ni pula.
Jom kita tengok resepinya.


Resepi Bingka Labu Lemak Manis
Oleh:Norzie hany

BAHAN-BAHAN-Yatie guna loyang bulat 9 inci
  • 2 biji telur
  • 2 cwn santan (Yatie guna santan kotak kara 200ml, selebihnya tambah air biasa je)
  • 1/2 cwn susu cair
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn gula pasir halus
  • 1/2 cwn susu pekat manis
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 2 sudu besar butter/minyak sapi-Yatie guna minyak sapi
  • 2 cwn labu- yg telah direbus, toskan dan dilecek
  • sedikit bijan utk tabur di atas permukaan kuih

CARA-CARA

  1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang dengan mentega, panaskan sebentar .
  2. Satukan bahan2 diatas kecuali labu yg di lecek dan bijan dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
  3. Tapis adunan tadi, kalau guna blender lagi senang. Tuangkan dlm mangkuk besar dan masukkan labu yg telah di lecek, kacau hingga rata.
  4. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi.
  5. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran.
  6. Biarkan kuih betul2 sejuk barulah di potong.

21 comments:

  1. sedapnye bingka...lagi2 klau tepi nye garing..
    :)

    ReplyDelete
  2. Salam. Kak, salam perkenalan.. Terima kasih atas kunjungan dan ucapan hari lahir..

    Sedap nampak bingka ni.. BondaNur memang suka sangat makan kuih bingka.

    ReplyDelete
  3. assalam sis
    rajinnya bakar kecik2 comel tu, sedapnya makan time petang ni
    sy dan husben memang suker bingka terutama labu he he
    penah cuba resepi k.yatie ni memang sedapkan

    ReplyDelete
  4. Panas2 tapi mood ke dapur tetap ada ;) tak pernah lagi buat bingka labu. Tempat bakar kuih bingka pun takde hehe

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum Norzie,
    tq sudi mencuba resepi ni, menjadi dngn jayanya...kalau dekat maunya Yatie dah mintak yg cetak kecik2 tu..comel je..bahagian yg kerak2 tu yg best..nmpk garing sangat...

    ReplyDelete
  6. Memang sedap kuih bakar ni...saya paling suka yang berkerak tu + minum dengan teh o panas

    ReplyDelete
  7. salam Norzie, sedap nya kueh ni akak pun pasti nak cuba jugak sama dgn Ann akak suka yg kerak2 keras tu waduhhhhh

    ReplyDelete
  8. ehe..yg cumil2 pun ada!
    suka tengok org rajin masak ni..sbb saya kurang sikit. ^_^

    *salam kenal!

    ReplyDelete
  9. klu makan kuih nie..mesti chop yg keras..kerak tepi2 tue..wahhhh terliur sudahhh:)

    ReplyDelete
  10. sodap nie...sama zila kalau makan mmg pantas jer pilih bahagian yg kerak2 tue....:))

    ReplyDelete
  11. Salam ziarah Dik, sedap bingka labu tu...lebih2 lagi yg berkerak kan... ermmm yummy!!

    ReplyDelete
  12. rajinnya buat bingka..saya ada labu kat peti ais...tapi malas nye nak masak...hehehhe

    ReplyDelete
  13. Hubby kakak suka yg bahagian tepi Norzie. Lagi kalau hangus dia suka sebab keras-keras. Kakak buat tak bubuh bijan pun tak rajin macam norzie..

    ReplyDelete
  14. rajinnya.. tak pernah buat lagi bingka ni.. selalu besli je :)

    ReplyDelete
  15. sedapnya.. sy sk yg berasaskan labu ni :-)

    ReplyDelete
  16. bingka nampak mudah tapi sukar di buat ...tahniahlah si pembuat bingka..

    ReplyDelete
  17. selera tgk...tapi tak tgk lama....kurang pahala puasa...

    ReplyDelete
  18. Suka mkn bingka labu tp x pernah try nak buat lg....

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.