Saturday, 2 June 2012

Carrot Cup Cakes


Assalamualaikum dan salam ceria kepada semua rakan yang sudi bertandang di dapurku ini.
Musim cuti sekolah ramai rakan2 yang pulang bercuti bersama keluarga di kampung halaman masing2.Dah lama juga saya tidak pulang ke kampung.Time cuti sekolah ni anak bongsu pulak ada tuisyen sbb tahun ni beliau ada peperiksaan UPSR. Sebut pasal kampung mulalah tangkap syahdu...huuaaa(rindu mak).
Jom kita layan carrot cup cakes...rasanya memang sedap sebab sis masukkan badam yang di panggang di dalam adunan ni.Kalau rajin boleh deco dengan aising di atas cup cake ni...kanak2 pasti suka.
Jom... kita kongsi resepi carrot cup cakes ni,kalau rajin boleh buat bisnes.



Resepi Carrot Cup Cakes
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:

115gm butter/margerine
110gm gula castor
15 gm tepung naik sendiri
1/4 soda bicarbonate
2 biji telur
1/4 teh garam
40gm badam hancur-panggang
50gm carrot-parut
1 sudu teh esen vanilla

Cara membuatnya:

1)Pukul butter dan gula hingga kembang
2)Masukkan telur satu persatu serta esen vanilla dan garam.
3)Masukkan tepung yang telah diayak dengan soda bicarbonate dan gaul dengan senduk kayu atau spatula.
4)Masukkan carrot dan badam.
5)Masukkan adunan dalam mangkuk kertas sebanyak 2/3 penuh.
6)Bakar selama 15-20 minit dalam suhu 170c

Butter Cream
150gm shortening
450gm butter/margerine
180gm gula aising-ayak
1 sdu teh esen vanilla.
Cara:
1)Pukul shortening dan butter hingga putih.
2)Masukkan gula aising dan pukul lagi sampai kembang dan gebu.
3)Masukkan esen dan warnakan ikut kesukaan anda.
4)Simpan sekejap di dalam peti ais sebelum deco di atas kek


17 comments:

  1. sedanya karot cup cake ni kalau dpt sebiji dua utk mengubat luka tenghari ni best jugak heeee

    ReplyDelete
  2. waa sedapnya tgk gambar tu, dahla comel. bole try ni ;)

    ReplyDelete
  3. Blh smpn resepi ni..nti rjin2 blh try..

    ReplyDelete
  4. salam Norzie...ros kunjung balas & follow gak sbb byk boleh belajar kat sini ;)

    ReplyDelete
  5. wah.. time rajin blh try ni. :-)

    ReplyDelete
  6. salam norzie..cantiknya bunga atas cupcake tu

    ReplyDelete
  7. Asalamualiakum dan salam kenal jugak untuk norzie... tq singgah kat rumah buruk kak rose n follow jugak...

    datang nak rasa cupcake comei tu jugak!

    ReplyDelete
  8. wah. best lah blog akak. taip2 hari ada rezepi makanan. kan bagus kalau sesekali belanja kita makan. hehehe

    ReplyDelete
  9. wow.. ada resepi... menarik..............

    ReplyDelete
  10. oh!!tq di atas resepi itu...
    newayy..sy pun anak felda jugakk..=)

    ReplyDelete
  11. boleh cube ni..:))

    ReplyDelete
  12. Tengok gambar dah tau sedap ni...
    Thx sudi kongsi resep..
    ada masa boleh cuba nanti...

    ReplyDelete
  13. Cantiknya decor atas kek. Sedap nampaknya

    ReplyDelete
  14. sedapnya cupcake.. siap ade resipi lg :)

    ReplyDelete
  15. Zie..ni pakai oven moden ker bakas guna acuan tembaga ni eak..

    ReplyDelete
  16. Nanti klu nak buat boleh refer blog Norzie...

    ReplyDelete
  17. Cantiknya ros kat atas kek tu, mesti sedap keknya, nanti bolehlah cuba time rajin...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.