Friday, 4 May 2012

Tip memasak BISKUT DAN KEK.

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung diblog ini.
Hari ni saya nak berkongsi sedikit info atau tip memasak biskut dan kek yang saya terjumpa dalam majalah rasa tahun 2005.Jika kita tahu teknik memasak dan mencampur ramuan dengan tepat,hasil biskut dan kek yang dimasak akan menjadi elok.  
Namun untuk mendapatkan hasil masakan yang memuaskan,terdapat beberapa langkah perlu dipatuhi,agar kek dan biskut anda tampil kemas dimata tetamu.Lebih penting,masa anda tidak terbuang begitu sahaja kerana masakan tidak menjadi.  
Berikut adalah senarai info berguna lagi praktikal,boleh anda amalkan ketika proses penyediaan kek dan biskut kelak.

1)Panaskan ketuhar terlebih dahulu untuk mendapatkan suhu yang dikehendaki oleh sesuatu resepi sebelum mula membakarnya.

2)Gunakan gula halus apabila dinyatakan dalam resepi kerana gula yang tidak larut akibat tidak cukup diputar akan menyebabkan terdapatnya bintik2 putih dipermukaan kuih-muih. 



3)Gunakan telur yang besar pada suhu bilik kerana apabila dipukul,akan mengembang daripada telur sejuk.
-Telur besar 70-75gm
-Telur sederhana 60-65gm
-Telur kecil 55gm

4)Apabila memukul telur dan gula,pukul pada kelajuan tinggi sehingga campuran pekat dan putih.

5)Pastikan kuning dan putih telur tidak bercampur ketika diasingkan.Sedikit kuning telur yang termasuk kedalam putih telur boleh diasingkan dengan menggunakan separuh kulit telur.

6)Jangan campurkan telur terlalu cepat kedalam adunan berkrim kerana ia akan mendidih.Walau bagaimana pun,jika campuran mendidih juga,masukkan sedikit tepung.

7)Apabila mencampurkan tepung kedalam kek span,kaup dan balikkan dengan cepat bagi mengelakkan kehilangan gelembung udara yang terperangkap semasa memukul telur.Gelembung udara ini memberi rasa yang ringan dan halus pada kek.

8)Pastikan adunan di tepi mangkuk di kikis dan di campurkan sehingga sebati kerana bahan-bahan yang tidak sebati boleh menyebabkan permukaan kek berbelang.

9)Untuk menyamakan tepung biasa dengan tepung berserbuk penaik,campurkan dua sudu teh serbuk penaik kedalam 120gm tepung gandum serbaguna.


10)Jangan membuka pintu ketuhar dalam masa 20 minit pertama semasa membakar kerana pertukaran udara yang mendadak boleh menyebabkan kek terbenam(tenggelam).Suhu ketuhar yang terlalu panas juga boleh menyebabkan kek tenggelam kerana adunan dipaksa naik terlalu cepat.

11)Kek span yang tidak cukup masak atau disejukkan dalam udara kering menyebabkan kek kecut dan berkedut.

12)Pastikan kek betul2 masak sebelum dikeluarkan dari ketuhar.Cara yang baik untuk memastikan kek sudah masak,ialah dengan mencucuk pencucuk kuih di tengah2 kek.Jika alat penguji kek ini bersih,ia menunjukkan kek boleh di keluarkan dari ketuhar.

13)Kek span elok di makan pada hari ia di buat.Kek menggunakan mentega pula elok di simpan di dalam bekas yang kedap udara untuk beberapa hari.Gingerbread atau kek buah-buahan yang semakin sedap ialah apabila di simpan lebih lama.

14)Kek dan biskut tidak boleh disimpan di dalam bekas yang sama kerana biskut akan lemau.

17)Yis basah mestilah bewarna putih dan kekelabuan.Ia mesti naik dan berbuih apabila dimasukkan kedalam susu atau air suam dalam masa 10-15 minit.Jika tidak,yis itu sudahpun basi.

18)Akhir sekali,pastikan air di dalam pengukus mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus kek.

Selamat Memasak (sumber majalah rasa 2005)

11 comments:

  1. Assalamualaikum Norzie,

    Baik sangat tip ni,terima kasih ya Norzie....

    ReplyDelete
  2. Suka sgt entry ni. Byk tips berguna yg M x tau. Pas ni bleh jd kan panduan

    ReplyDelete
  3. salam norzie...bnyaknya info berguna...akk mintak izin shre kat blog akk pulak yer,,,thnx...

    ReplyDelete
  4. Wsalam kak Liza.
    Boleh2...silakan.

    ReplyDelete
  5. tq share tips yg berguna nii..kita copy ekk ^__^

    ReplyDelete
  6. Huhu nozie nice info,akak baking2 ni ler paling fail...tq for the info.

    ReplyDelete
  7. bestnye.... banyak resepi akak...nk cedok ilmu kt sini yee...hrap halalkan....

    ReplyDelete
  8. tq byk2 sbb berkongsi tips ni..salute utk cik norzie

    ReplyDelete
  9. a`aa..betol tu..
    saya pon ada majalah tu..hehe

    setakat ni buat kek yg simple2 je..
    baru blaja..alhamdulillah menjadi dan boleh dimakan ;D

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.