Saturday 19 May 2012

Rendang Ayam Hany


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang sudi singgah di sini.
Nama rendang ayam ni best tak?hehehe saje tambah hany tu.
Rendang ayam ni dah 3 hari lepas sis masak,sempat ambil gambar aje baru hari ni dapat buat en3.Dalam minggu ni memang ada sibuk sikit(alasan).Setiap kali sis buat rendang ayam atau daging mesti ada ketupat dan juga sambal kacang...macam hari raya la pulak.Rendang ni memang selalu sis masak setiap kali raya...kiranya menu wajib la.Resepi rendang Pn Norzie ni senang aje...bahan-bahannya pun tak banyak mana.Rasanya...bak kata Sha memang power.Kalau kawan2 nak cuba saya sertakan resepinya di sini.

Rendang Ayam Hany
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ayam
  • 200gm kerisik
  • 1 helai daun kunyit-hiris halus
  • 4 helai daun limau purut-disiat sedikit
  • 1 biji kelapa-ambil santannya
  • 1 keping asam keping
  • Sedikit minyak
  • Garam dan gula secukup rasa

Bahan-bahan kisar
  • 15 tangkai cili kering
  • 2 biji bawang besar
  • 10 biji bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas

Cara memasaknya:-
  1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
  2. Masukkan santan,ayam dan asam keping kacau hingga separuh masak
  3. Masukkan kerisik dan bila agak pekat masukkan garam serta gula secukup rasa.
  4. Akhir sekali masukkan daun kunyit dan daun limau purut
  5. Bolehlah di hidangkan.

16 comments:

  1. perghhhh..meleleh air liur nih!nak kene buat nih...

    ReplyDelete
  2. salam.. salam kenal.. dah follow..

    sedapnya resepi rendang ni. ahrus cuba nanti..:)

    ReplyDelete
  3. suka rendang jugak... sedappp...

    ReplyDelete
  4. sedapnya.. nyum2 nak buat cam mls je.pos skit boleh :)

    ReplyDelete
  5. salam kenal kembali
    tq ye Hany
    wah sedap rendang ayamnya, memang kalu raya wajib ada rendang ni, akak suker cicah dgn lemang he he

    ReplyDelete
  6. tengok pun meleleh air liur ..mesti sedap rendan g Hany ni

    ReplyDelete
  7. tgk rndang ayam, terus tingat lemang.. kalu cicah lemang sedap ni.. ni yg tiba2 rs xsabo nk raya.. tp pose pun xhbs lg ganti.. adehhh

    ReplyDelete
  8. Makan ngan nasi panas2 best nih

    ReplyDelete
  9. cicah nasi himpit ni sedap....

    ReplyDelete
  10. Sedapkan makan rendang dgn nasik panas nii..

    ReplyDelete
  11. eh nak try la versi hany ni :P nampak simple...

    ReplyDelete
  12. rendang makan ngan nasi himpit memang sedap.. klu sy lebih suka rendang daging.. :)

    ReplyDelete
  13. rendang ayam pun nmpk sedap ni..alahai...kalau duk sebelah umah kan best..hihi..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.