Friday, 18 May 2012

Kek Span Vanilla

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang sudi berkunjung di dapurku ini.
1st time deco kek sendiri...mmg tak pandai.Sebenarnya rasa malu jugak nak tayang pic kek yang tak berapa semenggah ni.....tolong jangan gelak ye..Deco kek tanpa berguru maka inilah kejadiannya.Tapi rasa kek ni memang sedap(perasan betul). Sebelum ni ada juga buat kek ni tapi tak pernah deco bagai.Jom kita kongsi resepinya.

Kek Span Vanilla
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:
250 gm Tepung sponge mix
5 biji telur
60gm air
60gm minyak jagung
1 st esen vanilla

Cara membuatnya:
1)Masukkan tepung sponge mix,telur dan air kedalam mangkuk pengadun dan pukul sampai betul2 kembang.
2)Masukkan esen vanilla dan pukul lagi hingga pekat dan gebu.
3)Masukkan minyak jagung dan gaul sebati guna senduk kayu,proses ni jangan terlalu lama.
4)Masukkan kedalam loyang bersaiz 9 inci yang telah di alas dengan kertas minyak dan diglis dengan shortening.
5)Bakar dalam suhu 180c selama 30 minit.

Butter Cream
125gm butter
125gm krimwell
125gm shortening
100gm gula aising.

1)Pukul butter,shortening,krimwell hingga putih .
2)Masukkan gula aising dan pukul lagi hingga kembang dan gebu.
3)Masukkan pewarna kesukaan anda dan bolehkah di hias di atas kek.

8 comments:

  1. Hani...dh ok dh tu deconye..cantik...sma la mcm QH..pelan2 kita bljr mendeco yer...

    ReplyDelete
  2. salam norzie...dah cantik sgt dekonya tu..purple lagikkkk.kreatifnya menghias.
    Tgk kek tu pon sungguh menyelerakan:D

    ReplyDelete
  3. salam hani..
    kita pun sama jgk tau baru2 nk blajar.dh kira ok jgk tu tau..:P

    ReplyDelete
  4. wah..pandainya sis..sedap tue kan2..

    ReplyDelete
  5. sedapnyee .. nak buat jugaklahhh ^^

    ReplyDelete
  6. xde bukak kedai ke kak?mesti laku ni, :)

    ReplyDelete
  7. wah..nampak cam lembut dan lemak berkrim jer kek akak tu..

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.