Monday, 21 May 2012

Nasi Impit Goreng


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Terima kasih kepada semua rakan2 blogger yang masih sudi singgah di sini.
Buka peti ais tengok masih ada baki nasi impit masa buat rendang tempoh hari.Daripada terbuang saya potong kecil2 dan goreng cara saya sendiri,macam goreng mee.Bukan main berselera lagi saya tengok hubby dan anak2 makan...sedap la gamaknya.
Sebenarnya saya tiada sukatan untuk resepi ni,agak2 aje berapa banyak nasi impit yang nak di goreng.


Nasi Impit Goreng
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannyaa;
  • Nasi impit-dipotong dadu
  • Bawang putih-di hiris
  • Bawang merah-di hiris
  • Cili kisar
  • Sos cili
  • Sos tomato
  • Sos tiram
  • Udang hidup
  • Tauge
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk menumis
  • Boleh tambah apa2 sayur yang anda suka.


Cara memasak:-
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga kekuningan.
  2. Masukkan cili kisar dan masak sekejap hingga naik bau dan masukkan udang.
  3. Bila udang agak masak,masukkan semua jenis sos dan garam secukup rasa.
  4. Masukkan nasi impit dan kacau hingga semua bahan2 tadi bersalut pada nasi.
  5. Hidangkan.Sangat sesuai untuk sarapan pagi.

14 comments:

  1. salm norzie..wahhh melampauuu sedappp..dh lama zila x makan la:)

    ReplyDelete
  2. asslm Norzie...sedap...mmg suka mkn lontong goreng ni...buat...agak malas sikit..hihih

    ReplyDelete
  3. mak selalu buat macam ni lepas hari raya... lauk dah habis tapi ketupat banyak lagi.... last2x jadi macam ni la jadinya ketupat tu...

    P/S : macam banyak la persamaan menu dlm blog ni ddengan jenis makanan yang pernah saya tempuh... heee3x

    ReplyDelete
  4. Tak pernah pula buat. Rupanya banyak yang saya tak tahu ;) ok juga ya.. Selalu makan mesti nak cari apa yang nak dicecah. Nampak sedap je...

    ReplyDelete
  5. tak pernah plok buat nasi himpit goreng macam ni...

    ReplyDelete
  6. salam norzie..kegemaran acik ni..tapi acik selalu buat time raya je..sebab masa tu nasi impit ada lagi..kuah dah habis..

    ReplyDelete
  7. assalam Hany
    tak penah makan nasi himpit goreng lagi tp tgk sedap, nanti kalu rebus nasi himpit boleh cuba cam Hany ni

    ReplyDelete
  8. kak..pes time ni saya tgk nasi impit goreng...

    ReplyDelete
  9. sedap...suami saya suke masak ini...:)

    ReplyDelete
  10. aik.. nasi impit goreng pun ada ek kak.. saya baru tau ni..hihii

    ReplyDelete
  11. kakain tak pernah buat mcm ni..tapi pernah makan mmg sedap..

    dari membazir baik kite gorengkann..

    ReplyDelete
  12. Wah boleh goreng yea nasi himpit,kreatiflah Norzie...

    ReplyDelete
  13. ist time tengok nasi impit goreng ni kak..

    ReplyDelete
  14. baru pertama kali tengok nasi impit goreng,,nampak sedsp sangat

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.