Monday, 28 May 2012

Mini Pizza


Assalamualaikum dan salam sejahtera.Semoga semuanya di dalam sihat dan ceria bersama keluarga tersayang.Terima kasih kepada semua yang sudi bertandang di dapur sis ni.
Time cuti sekolah,sis suka layan tekak anak2.Mini pizza yang ringkas ni memang jadi kegemaran anak2,seketul2 dia ulang makan sampai licin. Sesuai dihidangkan ketika sarapan pagi atau minum petang.
Jom kita kongsi resepi mini pizza yang senang dan mudah nak buat.


Resepi Mini Pizza.
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya.
375 tepung high protein
25gm gula pasir
1/4 st garam
225 ml air sejuk
1/4 sudu besar bread improver
8gm yis
20gm margerine

Bahan Hiasan/Filling atas Pizza
Sos tomato/sos cili,sayur campur,nanas,sosej,oregano dan cheese mozzarella.

Cara-caranya:-
1-Masukkan bahan2 kering gaul sampai sebati.
2-Masukkan air,dan uli doh sampai lembut .
3-Masukkan margerin uli lagi hingga doh jadi elastic.
4-Perap doh selama lebih kurang 20 minit.
5-Roll atau leper kan doh sebesar mini pizza dan biarkan lagi selama 20 minit.
6-Sapukan permukaan doh yang telah naik dengan sedikit minyak zaitun.
7-Sapukan sos tomato/sos cili,dan tabur filling kegemaran anda di atas doh.
8-Biarkan sebentar dan bakar dengan suhu 190c-200c selama 20-25 minit.

15 comments:

  1. Sedapnya pizza nie,rajin Zie buat yg mini2 tu...

    ReplyDelete
  2. Patut la baunya sampai kat 'rumah' kakain..
    Sedap tuu..zie mmg rajin dan pandai plk dlm masak memasak nii...

    ReplyDelete
  3. assalam
    memang jadi kesukaan anak2 ni, kalu akak ank sulong inilah makanan dia sb x makan nasi he he
    wat kecik2 comel je, senang nk ngap ni kan
    nak pulak cuti2 sekolah ni mesti lapo je budak2 tu rumah
    nak ambik resepi ni ye tq

    ReplyDelete
  4. mmg sedap nih!! sy mmg sk mkn pizza :-)

    ReplyDelete
  5. ala comelnya pizza kak norzie ni..pasti berselera anak-anak makan..

    saya follow sini dgn blog baru saya ye..

    ReplyDelete
  6. kiut nyer pizza...
    nak makan pun rasa sayang

    ReplyDelete
  7. salam norzie..acik pun jadi teringin nak mencuba buat..comel je pizza nya

    ReplyDelete
  8. ni kalau aku 10 ketul pun x cukup ni... nampak sedap... huhuhuhu

    ReplyDelete
  9. Budak2 mmg suka piza comel2 gini..snang nak mkn..hehe..nmpk menyelerakan.. nak sekeping! wat bekpes..hee

    ReplyDelete
  10. senang di hidang dan di makan ..kemas saja kan ...

    ReplyDelete
  11. Buat untuk majlis birthday anak-anak pun sesuai kan Nozie. Comel-comel dan mudah utk dibuat hidangan...

    ReplyDelete
  12. sedapnya pizza ni Nozie comey2 je senang nak makan tkyah ptong2 lagi heeee

    ReplyDelete
  13. jangan kata budak2.. saya pon suka makan pizza kecik nih.. bestnye kalo pandai buat sendirik.. huhuhu..

    ReplyDelete
  14. comel2 pizza ni..kalo saya mesti nak dua, takpun tiga..hehe :)

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.