Tuesday, 29 May 2012

Apam Polkadot


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 yang sudi bertandang di dapur sis ni.
Hari ni sis nak tayang apam polkadot yang macam2 color ni.Sis cuma mengadun tepungnya aje,color dan dot2 tu anak daraku yang buat(suka hati kau la nak). Resepi ni sis ambil dari blog Hanafzuan(mohon share di blog ni ye).Terima kasih banyak2 ye Hanafzuan,gebu dan sedap betul apam polkadot ni.Kalau sape2 nak cuba sis sertakan resepinya di blog ni.

Resepi Apam Polkadot.
Oleh:Norzie hany
Sumber : Hanafzuan Abadi

Bahan-bahannya:
3 biji telur sejuk dari peti ais
275 gm tepung gandum + 3 sudu teh baking powder = diayak sekali
1 sudu kecil ovelette
220 gm gula halus
150 ml susu segar
inti : blueberry . strawberry atau apa2 saja
1 sudu esen vanilla
pewarna ikut citarasa


cara -caranya:

1) pukul telur putih sampai kembang
2) kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla - pukul sampai kembang lagi.
3) pastu masukkan gula..pukul sampai kembang lagi.
4) masukkan tepung + baking powder selang seli dengan susu (masa ni kacau dengan senduk je.. bukan dengan mixer.
5) bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna
6) masukkan setiap warna dlm piping bag @ plastik bersih
7) picit adunan ke dalam mangkuk kertas
8) letakkan inti - nak senang masuk dlm plastik pastu picit
9) picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh = kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan
10) kukus 10-15 minit.

12 comments:

  1. salam Norzie,mengepam mengedot ke?? cantiklah nampak gebus je,akak selalu jugak buat ni tapi kejab je dah hilang dari pinggan heee

    ReplyDelete
  2. assalam norzie..acik je yang tak pernah buat dan belum pernah makan apam ni..rasa camne pun tak tau

    ReplyDelete
  3. M tak pernah wat lg. bila nak try ntah la..

    ReplyDelete
  4. ya Allah kak .. kita dah lama cari resepi ni .. thx kak ^^

    ReplyDelete
  5. lagi lagi tips yang berguna thanks nice,ayam nya cantik gitu hihi :)

    ReplyDelete
  6. ramainya org yang pandai buat apam ni... sy gak yg xreti lg.. xbelajor pun lg.. hihi

    ReplyDelete
  7. Anak dara yg buat dot tu yg comel-comel dan teliti. Kakak makan dah berkali-kali buat belum pernah pun walau sekali Norzie...

    ReplyDelete
  8. assalam sis
    comel2 la apam. dot-dot pun kemas
    kalu sy berterabur he he
    anak bungsu sy pun suker selalu duk suh wat tp mamanya malaslah he he

    ReplyDelete
  9. dah pernah try tp xjadi sbb xpakai ovelette tue..hihi

    ReplyDelete
  10. Wah, sy t'tarik la dgn resepi akak ni. Nti mo try bt la, sy jemput aka nti. =)
    Kak, klu mo kukus nti ... Bleh kukus dgn mgkuk krtas tu skali? X rosak krtas tu kna wap?

    ReplyDelete
  11. Atiqa.
    Kukus dgn mangkuk kertas sekali,cuba la resepi ni apamnya mmg gebus.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.