Wednesday, 30 May 2012

Kerutuk Daging


Assalamualaikum dan selamat petang kepada semua rakan2 blogger yang sudi singgah di dapurku ini.Semoga semuanya sihat2 belaka di samping keluarga tersayang.
Petang ni cuaca agak redup setelah hujan tengahari tadi...best kalau hari2 macam ni.Semalam dan hari2 lalu cuaca panas terik,buat air batu satu jug pun tak cukup.
Kerutuk daging antara sajian makan tengahari kami sekeluarga hari ini.Kerutuk adalah masakan yang sangat popular di negeri pantai timur.Masa cari barang dapur di Mydin tempoh hari ternampak rempah kerutuk adabi,terus aje sambar satu paket.Kiranya ni first timelah masak kerutuk dan ikut resepi yang tertulis di belakang paket rempah tersebut.Tengok hubby dan anak2 makan bertambah....kalau makan dah bertambah tentu la sedapkan.Rasa kerutuk ni macam mane nak ckp ye...lebih kurang rendang kot.Sedap kalau makan dengan nasi minyak atau nasi beriani.
Kalau kawan2 nak cuba,sis sertakan resepinya di sini..


Resepi Kerutuk Daging
Resepi:Norzie hany

Bahan-bahannya:

  • 500gm daging-di potong
  • 1 paket serbuk kerutuk
  • 1 sb serbuk cili (sis tambah)
  • 10 biji bawang merah-kisar
  • 5 ulas bawang putih-kisar
  • 1/2 inci halia-kisar
  • 2 sudu besar kerisik
  • 11/4 cawan santan pekat
  • 21/2 cawan air
  • Air asam jawa
  • Gula melaka/gula pasir (secukup rasa)
  • Garam secukup rasa

Bahan penumis:

  • 1 biji bawang besar-di hiris
  • 3 ulas bawang putih-di hiris
  • 1/2 inci halia-di hiris
  • 2 batang serai-di ketuk
  • 1/2 inci lengkuas-di ketuk
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 2 biji buah pelaga
  • Minyak untuk menumis

Cara memasak:

  1. Bancuh rempah kerutuk dengan cili serbuk dan bahan2 kisar hingga jadi pes.
  2. Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 penumis hingga naik bau.
  3. Masukkan bancuhan rempah(no 1) dan tumis hingga pecah minyak.
  4. Kemudian masukkan daging,kerisik,santan,air,air asam jawa,gula merah dan garam.
  5. Masak hingga kuahnya pekat.Angkat dan hidangkan.

17 comments:

  1. salam Nozie, sedap nampak kerutuk tu tapi kat Brunei tkde jual lah rempah tu,kalau boleh sharelah apa sebenarnya yg ada dlm rempah tu boleh akak buat sendiri heee itu pun kalau tak keberatan lah ya nk jugak rasa kesedapan dia tu..

    ReplyDelete
  2. Wsalam kak Noor cyg.
    Alahai tak tahu pulak apa ramuan rempah kerutuk ni.Dekat bungkusannya tercatat kandungan yg terdpt dlm rempah ni:Rempah,jintan,bunga cengkih,bunga lawang,dan kulit kayu manis.

    ReplyDelete
  3. pergh.. sedapnya.. nk sikit :)

    ReplyDelete
  4. Saya dah buat raya tahun lepas ;) tapi saya guna ayam. Biasa orang buat dengan daging. beli rempah timbang di Kelantan. Memang sedap masak kerutuk ni.. biasa belah Kelantan makan dengan nasi minyak. Suka nasi minyak diorang simple je tapi sedap.

    ReplyDelete
  5. sedapnya kak..

    bg sy org trg ni mmg sedaplah.. hihi

    ReplyDelete
  6. erm saya x pernah lagi try buat kerutuk ni..hehe.. yg saya suka makan jer...

    ReplyDelete
  7. salam kenal norzie..sedapnya kerutuk...tapi saya tak pernah masak sebenarnya..hehehhe....tak pernah nak beli rempah kerutuk ni....tu sebab tak pernah masak...hehehhe

    ReplyDelete
  8. betol kak..kerutuk daging memang best..

    ReplyDelete
  9. rasanya belum pernah tekak ni makan masak kerutuk. rasanya mcm mana ek?

    ReplyDelete
  10. penah makan mmg sedap klu pandai masaknya >.<

    ReplyDelete
  11. smestinye sedap ni...tp kalau masak sdri tu mcm xbpe nk jadi la...npe nth...

    ReplyDelete
  12. salam kenal...

    wah..nak suh wife cubo buat la...:)

    ReplyDelete
  13. sedapnye.. kalo dapat cicah roti sedap neh!!

    ReplyDelete
  14. sedapnya..saya sellau ikut resipi blkg peket rempah keruruk tu je.lepas ni boleh cuba yg ni pulak..

    ReplyDelete
  15. ni macam masakan kelantan..saya paling ske ni sbb pekat2 gitu :)

    ReplyDelete
  16. masuk blog akak terus rasa lapar lak.. sedapnya kerutuk daging.. lama x makan daging asyik layan ikan je skrg..

    kak, just pendapat yer kak.. leh x buang je words verification tuh.. susah nk komen sbb wordsnya panjang sgt.. kdg2 salah masuk berkali2.. pendpt sy je kak.. jgn amik hati yer.. pe2 pun terpulang pd akak la.. :)

    ReplyDelete
  17. tq 4 sharing..

    errr kerutuk o kerutub?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.