Friday 25 May 2012

Petua/Tips Membakar Biskut.

Imej google


Assalamualaikum dan salam sejahtera .Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi bertandang ke sini.
Hari ini sis nak berkongsi sedikit petua atau tips membakar biskut.Mungkin boleh di jadikan sedikit panduan kepada orang2 yang baru ingin belajar memasak seperti sis ni.
Sebenarnya info /petua membakar biskut ni sis terjumpa masa belek2 majalah mingguan wanita 2007.


Petua Membakar Biskut.

1)Menyejukkan dulang membakar.

Selepas mengeluarkan biskut daripada ketuhar,sentiasa sejukkan dulang selama 5-10 minit sebelum menggunakannya semula untuk membakar biskut yang lain. Dulang yang panas akan membuatkan doh biskut masak sebelum dibakar dan ini akan menjejaskan campuran doh dan masa membakar yang sepatutnya.Adalah di nasihatkan juga untuk memeriksa biskut anda  ketika membakarnya,bagi memastikan ianya dibakar dengan rata dan tidak hangus.

2)Memotong kepingan biskut.

Anda boleh mengelakkan serpihan atau bahagian tepi yang menggerutu apabila memotong kepingan biskut dengan memotongnya menggunakan pisau yang dibilas kerap dengan air sejuk.Air akan mengelakkan serpihan,supaya ia tidak menjejaskan bahagian tepi biskut ketika di potong.

3)Apabila menggunakan dua rak.

Bagi memastikan biskut anda dibakar dengan rata,gunakan satu rak sahaja.Jika anda perlu menggunakan dua rak,letakkan dulang pada satu atau dua tingkat berasingan,dalam kedudukan yang membolehkan pengudaraan.Jangan sesakkan ketuhar dan elakkan membukanya ketika membakar.

15 comments:

  1. waahhh..info yang bagus nih.. walaupon sy jarang sekali bakar membakar..kekeekke.. takpe.. untuk kegunaan masa akan datang mungkin..thanks..:)

    ReplyDelete
  2. perkara gitu pun kena ambil berat juga...

    ReplyDelete
  3. saya tak pernah bakar biskut sendiri..huu..kacau mak aje...heee

    info bagus ni...

    ReplyDelete
  4. asslm Norzie...tq yer atas pkongsian info yg bguna kt atas tu...hri tu QH ade amik tips mbuat kek n biskut tu...buh kt blog..tqvm...mintak diizinkna yer...

    ReplyDelete
  5. aku x tau memasak maupun membakar biskut.... huhuhu

    ReplyDelete
  6. Patutlah cepat hangus bila guna loyang panas ;)

    ReplyDelete
  7. thanks kak kongsi info ni.. blh guna ni.. kot2 terbuka ati nk buat ke thn ni.. hihii

    ReplyDelete
  8. tak lama dah nak pose..pastu raya, tp besenye beli je kuih2 ni..kih3 :D

    ReplyDelete
  9. info yang bagus ni..tq norzie

    ReplyDelete
  10. bagus.. akak mintak izin nk copy ye

    ReplyDelete
  11. norlieharumaini dan semua rakan2.
    Sape2 yang sudi nak copy tips ni di persilakan.

    ReplyDelete
  12. perkongsian yang baik..bagus juga info camni kan..tak semua yang tahu hal camni..saya pun kena banyak belajar lagi nih..

    ReplyDelete
  13. selalu pah kuar dari oven terus letak yang lain..tak sempat nak tunggu sejuk..

    ReplyDelete
  14. bagi ketuhar yang ada kipas perlu on tak kipas untuk membakar biskut?

    ReplyDelete

Assalamualaikum.
Sila tinggalkan komen anda di sini.